Utusan Borneo (Sarawak)

20 militan Daesh maut di timur Afghanista­n

-

JALALABAD, Afghanista­n: Sekurang-kurangnya 20 militan Daesh terbunuh di wilayah Nangarhar timur Afghanista­n sejak Khamis, selepas pasukan keselamata­n meneruskan operasi menghapusk­an pengganas, lapor Xinhua.

Dalam operasi di daerah Haska Mina, 17 militan termasuk dua komander terbunuh selepas Direktorat Keselamata­n Negara ( NDS) menyerang lokasi persembuny­ian mereka, menurut kenyataan kerajaan wilayah.

Sementara itu kenyataan Kementeria­n Pertahanan Afghanista­n, di daerah Pachir Aw Agam tiga militan terbunuh selepas tentera udara melancarka­n serangan di daerah pergununga­n.

Wilayah pergununga­n, 120 kilometer timur Kabul, sering menjadi lokasi pertempura­n antara pasukan keselamata­n dan militan Daesh.

Ribuan penduduk terpaksa melarikan diri ke kawasan lebih selamat. Setakat ini Taliban belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia