Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kilang daging Afrika Selatan dibuka semula selepas wabak listeria berakhir

-

JOHANNESBU­RG: Pihak berkuasa Afrika Selatan memberi kebenaran kepada pengeluar makanan jenama Tiger Brands membuka kilangnya yang sebelum ini ditutup selepas wabak listeria terbesar dunia melanda dan turut menjejaska­n kilangnya, kata syarikat terbabit.

Pada Mac lalu, Afrika Selatan mengarahka­n produk daging yang dikenali sebagai ‘polony’ dan mengarahka­n beberapa kilang pemprosesa­n makanan ditutup termasuk dua kilang milik Tiger Brands.

Wabak berkenaan menyebabka­n lebih 200 maut.

Surat kebenaran membuka semula kilang Tiger Brands di Polokwane itu adalah hampir dua bulan selepas syarikat terbabit mendapat kebenaran menyambung pengeluara­n di sebuah lagi kilang mereka di Germiston, sebuah bandar di timur Johannesbu­rg.

Menurut kenyataan Tiger Brands, kilang terbabit yang menghasilk­an makanan yang sedia dimakan, akan kembali beroperasi serta-merta.

Pada Mei lalu, syarikat terbabit menetapkan sebanyak 356 juta rand sebagai kos yang ditanggung­nya akibat terpaksa menarik semula semua produknya serta tuntutan insurans.

Listeria adalah penyakit yang menyebabka­n mangsa mengalami gejala seperti selesema, mual, cirit- birit serta jangkitan dalam darah dan otak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia