Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas presiden Colombia meninggal dunia

Belisario Betancur berusia 95 tahun menjadi presiden Amerika Selatan dari 1982-1986

-

BOGOTA: Bekas presiden Colombia Belisario Betancur, yang mengemudi negara pada waktu paling bergolak pada zaman 1980-an, meninggal dunia kelmarin pada usia 95 tahun, umum beberapa orang doktor.

Presiden Ivan Duque telah mengetuai penghormat­an untuk bekas pemimpin konservati­f itu, yang menjadi presiden bagi negara Amerika Selatan dari tahun 1982 hingga 1986.

“Saya berasa sangat kesal dengan kematian seorang rakan yang baik, seorang rakyat Colombia yang hebat, bekas presiden Belisario Betancur,” Duque menulis dalam satu mesej di dalam Twitter.

“Legasi beliau dalam politik, dalam sejarah kami, dalam budaya kami, merupakan satu contoh untuk semua generasi masa depan.”

Betancur telah dirawat di sebuah klinik Bogota bagi masalah buah pinggang. Klinik Yayasan Santa Fe menyatakan dalam satu kenyataan bahawa bekas presiden itu meninggal dunia pada jam 2:32 petang waktu tempatan.

Marta Lucia Ramirez, timbalan presiden negara, telah mengumumka­n sebelum itu mengenai kematian Betancur dalam satu kenyataan Twitter pada hari sebelumnya.

Beliau memperbetu­lkan kesilapan itu dalam beberapa minit kemudian, namun sebelum ia dikesan oleh media negara, membawa kepada satu kebanjiran reaksi daripada orang awam.

Betancur yang konservati­f menjadi presiden ketika gerila haluan kiri M-19 merampas kawalan Istana Kehakiman di Bogota pada November 1985 satu keadaan dramatik bagi keganasan yang telah menandakan Colombia untuk dekad seterusnya.

Beliau merupakan presiden pertama yang mengarahka­n kumpulan pemberonta­k yang muncul pada 1960 bagi satu dialog dengan kerajaan, memastikan beliau akan berusaha untuk mencapai kedamaian.

Kumpulan pemberonta­k utama, FARC, akhirnya telah menandatan­gani satu perjanjian damai dengan kerajaan liberal pimpinan Juan Manuel Santos lebih dari 30 tahun kemudian, pada 2016.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TINGGAL KENANGAN: Gambar fail ini diambil pada 19 Mei 2016, Betancur semasa pelancaran buku pembangkan­g Venezuela Leopoldo Lopez yang dipenjarak­an di Bogota, Colombia. Betancur telah meninggal dunia pada usia 95 tahun, maklumat dari pihak hospital.
— Gambar AFP TINGGAL KENANGAN: Gambar fail ini diambil pada 19 Mei 2016, Betancur semasa pelancaran buku pembangkan­g Venezuela Leopoldo Lopez yang dipenjarak­an di Bogota, Colombia. Betancur telah meninggal dunia pada usia 95 tahun, maklumat dari pihak hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia