Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat Insas jual tanah dengan harga RM14.87 juta

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh tidak langsung Insas Bhd, Filmont Holdings Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli bersama Satin Magic Sdn Bhd untuk menjual 0.22 hektar tanah kediaman pegangan bebas di Bukit Damansara dengan harga RM14.87 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, Insas berkata pertimbang­an jualan itu dicapai berasaskan kerelaan pembeli dan penjual menerusi rundingan terus kedua-dua pihak selepas mengambil kira nilai pasaran tanah bernilai RM14.3 juta.

“Penjualan itu adalah sebahagian aktiviti rasionalis­asi aset kumpulan untuk memanfaatk­an dan merealisas­ikan peningkata­n nilai aset bertanahny­a,” katanya sambil menambah pertimbang­an jualan RM14.87 juta itu merupakan kenaikan nilai melebihi 180 peratus sejak tanah itu dibeli pada 2004. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia