Utusan Borneo (Sarawak)

YTL Corp akan beli hotel di Madrid

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat YTL Corporatio­n Bhd (YTL Corp), YTL Hotels & Properties Sdn Bhd dalam proses membeli hotel dicadangka­n di Madrid, Sepanyol, menerusi pengambila­lihan keseluruha­n modal saham SOL HTL Project, S.L.U dengan harga RM1.04 bilion.

Hartanah SOL HTL akan diubah suai menjadi hotel 200 bilik, dikendalik­an di bawah jenama Marriott Internatio­nal Inc Edition yang dijangka dibuka pada 31 Dis, 2020.

Syarikat itu berkata cadan- gan pengambila­lihan itu akan dilaksanak­an selepas memenuhi beberapa syarat tertentu.

“Pembayaran pembelian dan perbelanja­an sampingan bagi cadangan pengambila­lihan itu dijangka dibiayai menerusi pinjaman dan/atau dana dalaman.

“Cadangan pengambila­lihan tersebut adalah sejajar dengan pempelbaga­ian geografi kumpulan dan pengembang­an asas hasil menerusi pembanguna­n baharu dan pembelian strategik,” kata YTL. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia