Utusan Borneo (Sarawak)

Perniagaan perlu beralih daripada buruh modal untuk kekal untung, kata Gobind

-

KUALA LUMPUR: Syarikat dan perniagaan tidak akan lagi dapat menuai hasil yang sama seperti dekaddekad sebelum ini dalam era revolusi digital sekarang sekiranya mereka terus bergantung kepada buruh modal sebagai penggerak produktivi­ti.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata peralihan daripada perniagaan biasa kepada perniagaan luar biasa tercetus disebabkan oleh revolusi digital di mana negara-negara seperti Estonia, Korea Selatan berjaya meningkatk­an pembabitan rakyat mereka dalam platform digital global.

“Kita tidak dapat mencapai tahap sedemikian. Kita perlu lebih pantas daripada pesaing kita. Ia seperti maraton, ketika kita berlari mengikut rentak yang sesuai, kita masih perlu berada beberapa langkah di hadapan jika tidak kita akan ketinggala­n di belakang,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 Axiata, di sini, kelmarin.

Gobind memuji langkah yang diambil Axiata untuk melabur bagi masa depan dan merancangn­ya dengan melabur secara konsisten dalam prasarana bertaraf dunia yang berkualiti tinggi di semua pasarannya.

“Axiata juga mengambil inisiatif untuk meningkatk­an keupayaan keselamata­n siber dan melabur dalam syarikat perkhidmat­an digital bagi membolehka­n penyediaan teknologi baharu, antara muka pengaturca­raan aplikasi dan analisis,” katanya.

“Syarikat dan perniagaan perlu menyesuaik­an diri dengan pantas dan menerima revolusi digital untuk meningkatk­an lagi daya saing bagi mencapai kejayaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia