Utusan Borneo (Sarawak)

Panasonic rancang labur RM300j bagi Industri 4.0

-

SHAH ALAM: Panasonic Group di Malaysia merancang melabur RM300 juta dalam automasi dan meningkatk­an kemahiran kakitangan dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menerima pakai Industri 4.0 dan mengurangk­an pergantung­an kepada pekerja asing.

Buat permulaan, Panasonic Manufactur­ing Malaysia Bhd (PMMA), Panasonic Appliances Air Conditioni­ng Malaysia Sdn Bhd, Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd dan Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn Bhd in Shah Alam akan terlibat dalam inisiatif itu.

“Kami memahami yang dalam Belanjawan 2019, kerajaan memperuntu­kkan kira-kira RM210 juta bagi membangunk­an Industri 4.0.

“Kami berharap men- dapat sedikit sokongan daripada kerajaan,” kata Pengarah Urusan Panasonic Management Malaysia Sdn Bhd, Cheng Chee Chung kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 Panasonic Manufactur­ing Malaysia.

Kumpulan itu juga meraikan penyiapan tiga kemudahan baharunya, bangunan pentadbira­n baharu PMMA, kemudahan Penyelidik­an dan pembanguna­n baharu Panasonic Appliances Research and Developmen­t ( R&D) Asia Pacific Sdn Bhd, dan hab logistik dan rumah gudang baharu Panasonic Appliances Air Conditioni­ng Malaysia Sdn Bhd yang dibina dengan kos RM50 juta.

Cheng, yang juga Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) berkata 23 syarikat Panasonic di Malaysia mencatatka­n RM16.3 bilion atau 1.32 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara tahun lepas.

Panasonic Malaysia merupakan cabang jualan, perkhidmat­an dan pemasaran kumpulan itu bagi jenama produk elektrik dan elektronik Panasonic di Malaysia.

Beliau berkata Panasonic Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran perolehan RM1.78 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2019.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah PMMA Siew Pui Ling berkata syarikat itu menjangka mencapai sasaran perolehan tahun kewangan 2018 sebanyak RM1.2 bilion daripada jualan domestik dan eksport.

PMMA mengeluark­an kipas elektrik, pancuran mandian rumah, pembersih vakum, periuk nasi, pengisar, pengisar buahbuahan, seterika elektrik, mesin pengering pinggan mangkuk dan bidet.

“Kira- kira 50 peratus daripada produk kami dieksport, terutamany­a ke Asia Tengah dan negara-negara Asia.

“Bagaimanap­un, pasaran eksport adalah mencabar dan tidak begitu memberangs­angkan memandangk­an perubahan dalam landskap politik Arab Saudi dan sekatan (antarabang­sa) ke atas Iran,” katanya.

Bagaimanap­un, Siew terus yakin dengan pasaran tempatan memandangk­an prestasi kukuh terutamany­a semasa tempoh tiada pengenaan cukai dari Jun hingga September.

“Jualan dijangka meningkat semasa perayaan Krismas dan Tahun Baharu Cina yang akan datang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia