Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas bantu anak kampung, lahirkan tenaga pakar

- Oleh Kamaliza Kamaruddin

SEJAK Petronas (Petroliam Nasional Berhad) memulakan projek cari gali di Terengganu pada awal 1980-an, ramai yang memasang impian untuk bekerja dengan syarikat minyak dan gas itu.

Peluang berkhidmat dengan Petronas merupakan idaman ramai kerana ia umpama lubuk ilmu selain memberi pendapatan lumayan.

Pada 1981, Petronas menggerudi hasil pertamanya di pelantar gas Duyong, dan menemukan minyak pertamanya di pelantar Dulang, keduaduany­a di luar Terengganu. Dua tahun kemudian, ia membuka loji penapisan milik penuhnya di Kerteh, Terengganu.

Ahmad Ramudzan Muda, 57, adalah antara anak tempatan yang akhirnya berjaya menyertai Petronas. Dilahirkan dan dibesarkan di Marang, beliau mengorak langkah dalam syarikat itu hingga menjadi Pengurus Besar (Pengeluara­n) Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat Petronas.

Ahmad Ramudzan, yang mempunyai kepakaran seperti ukur bina, sains atau bidang perubatan.

”Ketika itu, masyarakat memandang tinggi graduan jurusan lain kerana mereka dianggap mempunyai masa depan yang lebih cerah dengan tawaran kerja lebih baik dan gaji lumayan.

“Kebanyakan pelajar Diploma Kejurutera­an Petroleum ketika itu hanya dianggap layak bekerja sebagai atendan pam minyak sahaja disebabkan kurangnya pendedahan rakyat Malaysia tentang potensi industri minyak dan gas negara,” katanya kepada Bernama.

Salah tanggapan terhadap perkara itu hanya diatasi selepas Petronas melakukan penerokaan di Terengganu yang kaya dengan gas dan minyak. Selepas itu, graduan kejurutera­an berkhidmat selama 34 tahun, memperoleh diploma kejurutera­an petroleum dari Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur pada 1982.

“Sejurus tamat pengajian, saya diterima bekerja di Petronas sebagai pembantu teknik di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Di situlah bermulanya cabaran kerana kelemahan saya adalah berkomunik­asi dengan lancar dalam Bahasa Inggeris. Tugas saya memerlukan saya berurusan dengan ramai pegawai dari seluruh dunia. “Hinggakan ada masanya, saya gentar menjawab telefon di pejabat… ini kerana, saya tidak begitu faham dengan arahan dan kehendak pegawai dari negara luar sebab mereka bertutur dalam dialek dan bukannya bahasa Inggeris standard,” katanya sambil tersenyum mengimbau kenangan lama.

Ahmad Ramudzan, 57, amat berterima kasih kepada Petronas kerana mengambil langkah untuk membangunk­an modal insan syarikat itu kerana ia banyak membantu pekerjanya meningkatk­an pembiayaan Petronas untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana muda di Universiti of Tulsa di Amerika Syarikat.

Hasil daripada pengajian tiga tahun itu, beliau menimba lebih banyak ilmu berkaitan teknologi baharu serta tentang penyeliaan dan pengurusan industri huluan dan hiliran dalam sektor gas dan minyak. PERKAYAKAN PENGALAMAN

Ahmad Ramudzan berkata sepanjang berkhidmat dengan Petronas Carigali, beliau pernah bekerja bersamasam­a pekerja gas dan minyak dari pelbagai negara termasuk Sudan, Iraq, China, Rusia, Korea dan Turki.

Pengalaman­nya berurusan dengan pekerja pelbagai negara banyak mendidik beliau untuk sentiasa menghormat­i budaya dan memahami adat masyarakat setempat kerana budaya kerja di setiap lokasi adalah berbeza antara satu sama lain

“Sebagai pengurus besar, saya diberi amanah menguruska­n 400 pekerja… Alhamdulil­lah, tiada langsung pengalaman pahit yang saya alami, semua yang ada hanyalah kenangan manis sahaja,” katanya.

Beliau turut menasihati anak muda Malaysia supaya keuar dari zon selesa mereka dan menerokai peluang kerja dalam sektor gas dan minyak.

“Fokus dan ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, pasti kita akan menikmati ketenangan. Ia sangat berbaloi dengan setiap pengorbana­n yang dilakukan sepanjang berkhidmat dengan Petronas,” katanya mengakhiri perbualan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKHIDMAT: Ahmad Ramudzan (kiri) ketika menyelia kerja-kerja penggerudi­an di salah sebuah pelantar minyak di Sarawak pada 1984.
— Gambar Bernama BERKHIDMAT: Ahmad Ramudzan (kiri) ketika menyelia kerja-kerja penggerudi­an di salah sebuah pelantar minyak di Sarawak pada 1984.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TIMBA ILMU: Ahmad Ramudzan (kiri) bergambar bersama kanak-kanak perempuan suku Nomad ketika berada di lapangan minyak Heglig, Sudan pada 2004.
— Gambar Bernama TIMBA ILMU: Ahmad Ramudzan (kiri) bergambar bersama kanak-kanak perempuan suku Nomad ketika berada di lapangan minyak Heglig, Sudan pada 2004.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PAKAR: Ahmad Ramudzan ketika berada di Lapangan Pantai Kumang, luar pantai Bintulu pada 2016 berlatarka­n PFLNG pertama di dunia.
— Gambar Bernama PAKAR: Ahmad Ramudzan ketika berada di Lapangan Pantai Kumang, luar pantai Bintulu pada 2016 berlatarka­n PFLNG pertama di dunia.
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Ahmad Ramudzan (dua, kanan) ketika mengadakan lawatan Geologi di Pahang ketika masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1981.
— Gambar Bernama KENANGAN: Ahmad Ramudzan (dua, kanan) ketika mengadakan lawatan Geologi di Pahang ketika masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1981.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGALAMAN: Ahmad Ramudzan menceritak­an mengenai kerjayanya dalam bidang kejurutera­an petroleum dengan Petronas ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.
— Gambar Bernama PENGALAMAN: Ahmad Ramudzan menceritak­an mengenai kerjayanya dalam bidang kejurutera­an petroleum dengan Petronas ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia