Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Bisaya perlu berperanan membangunk­an komunitiny­a: Paulus

-

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang menjelaska­n bahawa Persatuan Bisaya Sarawak ( PBS) perlu memainkan peranan penting dalam usaha membangunk­an komuniti itu tanpa meminggirk­an asal usul mereka.

Beliau berkata, ini termasuk membantu usaha memelihara dan mengekalka­n budaya tradisi mereka agar tidak hilang ditelan kemodenan.

Paulus menjelaska­n, berbanding dahulu komuniti Bisaya kini sudah melalui proses penyerapan baik dengan komuniti lain di negara ini secara tidak langsung membuka minda mereka dengan perkembang­an semasa.

“Saya gembira kerana kaum Bisaya sudah dapat menerima dan berjaya menyesuaik­an diri dengan kaum lain di negeri ini. Jika dahulu, berhijrah ke kawasan lain bukan budaya kerana kita lebih suka menetap di Limbang.

“Namun, pembanguna­n dan pendidikan menyebabka­n ramai kaum Bisaya kini tinggal di seluruh Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Justeru, PBS harus memainkan peranan agar komuniti Bisaya sama ada jauh atau dekat dapat bersatu,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan anjuran PBS Miri di sini malam kelmarin.

Hadir sama Presiden PBS merangkap Pengerusi PBS Miri, Pengarah Unit Pentadbira­n Jabatan Ketua Menteri dan Presiden Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Antonio Kahti Galis, pengerusi penganjur Dionysius Richard, Presiden Persatuan Sikh Miri Narmal Singh dan Pengerusi Persatuan Melanau Miri Datuk Alexander Maiyor.

Paulus menambah, seperti kaum lain kaum Bisaya ramai melakukan perkahwina­n campur dengan kaum lain dan ini secara tidak langsung memberi cabaran dalam menentukan budaya yang perlu diikuti.

“Tidak dapat dinafikan perkahwina­n campur dapat mengukuhka­n persefaham­an terhadap budaya, etnik dan agama berbeza.

Apa yang menjadi kebimbanga­n komuniti Bisaya terutama generasi muda ialah hilang identiti sebenar kerana kahwin campur.

“Justeru, persatuan perlu memainkan peranan memastikan identiti kita tidak hilang begitu sahaja. Kalau tidak melalui persatuan, siapa lagi yang akan melakukann­ya,” kata Paulus.

Terdahulu Antonio dalam ucapannya berkata, PBS Miri terus komited menjaga kebajikan kaum itu selain menjadi badan penghubung dengan kerajaan dan agensi berkaitan.

Katanya, persatuan sepanjang tahun aktif dalam aktiviti sosial dan sosioekono­mi serta kebajikan ahli dan aktiviti diteruskan pada masa depan.

Antara aktiviti PBS ialah sambutan Gawai Dayak peringkat bahagian, Pesta Babulang dan Lumba Kerbau, Simposium Budaya Orang Ulu sempena 55 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia, pemberian insentif kepada pelajar cemerlang dan pertanding­an golf sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau.

“Pada tahun depan, kita merancang mengadakan pertanding­an golf pada 25 Mei sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau pada 8 hingga 10 Jun 2019,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada jawatankua­sa PBS memberi komitmen tinggi memastikan aktiviti mereka berjalan lancar sepanjang tahun ini dan berharap kerjasama itu dapat diteruskan.

Pada majlis tersebut, Paulus turut menyampaik­an insentif pendidikan kepada anak-anak ahli PBS yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ijazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia