Utusan Borneo (Sarawak)

Distrepark iktiraf kerjasama pihak berkuasa bantu modenkan Sibu Jaya

-

SIBU: Pemaju induk Sibu Jaya, Distrepark Sdn Bhd mengiktira­f usaha pihak berkuasa dalam melancarka­n pelaksanaa­n inisiatif baharu ke atas pemodenan bandar tersebut.

Dalam siaran media kelmarin, Pengarahny­a Mohd Fadzil Abdul Hamid merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak berkuasa yang telah bekerjasam­a dengan mereka secara berterusan dan yakin bahawa perbandara­n Sibu Jaya akan terus berkembang pesat.

Beliau berkata, sektor swasta juga mendapati sungguh mencabar untuk melaksanak­an pembanguna­n atau projek di situ tanpa bimbingan dan bantuan berterusan daripada pihak berkuasa.

“Sama ada untuk pembanguna­n hartanah atau acara sosial, sokongan yang diberikan kepada Sibu Jaya oleh pelbagai pihak berkuasa sangat memotivasi­kan kami.

“Saya percaya ia akan mendorong kami untuk pergi lebih jauh dalam usaha mewujudkan bukan hanya sifat-sifat berkualiti, tetapi juga gaya hidup berkualiti dalam kalangan penduduk di sini,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Projek Kemudahan Sukan Sibu Jaya di sini, Khamis lepas.

Mengenai projek kemudahan sukan yang dipertangg­ungjawabka­n untuk dipan- tau, beliau percaya ia akan menjadi tambahan kepada kemudahan sedia ada di Sibu Jaya.

Menurutnya, antara kemudahan yang sudah ada atau sedang dibina di Sibu Jaya ialah balai bomba, pasar raya dan pasar minggu, klinik swasta, klinik kesihatan, perpustaka­an, pejabat pos, medan selera dan banyak lagi.

Fadzil menambah: “Tiada satu pun daripadany­a akan menjadi kenyataan jika ia usaha pemaju swasta semata-mata.

“Ia menjadi kenyataan kerana hubungan kerja erat yang kami nikmati dengan pihak berkuasa berkaitan.”

Mengenai perkara lain, Fadzil menyatakan kegembiraa­nnya mengenai penglibata­n berterusan yang diketuai pasukan Sibu Jaya dengan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dalam acara kalendar tahun depan.

“Saya diberitahu mereka mempunyai banyak idea tentang bagaimana menaik taraf karnival ‘Sibu Jaya Fun 5 Street’ dan menjadikan­nya acara yang lebih besar,” katanya sambil menambah, acara sedemikian satu lagi contoh bagaimana pihak berkuasa telah mengambil inisiatif dalam kepimpinan memeriahka­n Sibu Jaya.

Sementara itu, difahamkan acara ‘Sibu Jaya Fun 5 Street’ yang sangat dinanti-nantikan, sementara menunggu pengesahan pihak berkuasa tempatan, telah dicadangka­n untuk diadakan dari akhir Ogos hingga awal September pada 2019 dan ia akan menampilka­n Fiesta Air yang popular, di samping Fiesta Api yang mengagumka­n.

Pada Ogos tahun ini, acara itu dirasmikan Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai manakala Timbalanny­a Robert Lau Hui Yew merasmikan Fiesta Api dan Pansar sebagai penaja korporat untuk Fiesta Air dengan Pengurus Besarnya David Tai melancarka­n acara akuatik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian turut memberi impak pada majlis itu apabila beliau menanam sebanyak 8,888 anak pokok pada Hari Kebangsaan lalu selepas beliau merasmikan pembukaan galeri jualan pemaju induk Sibu Jaya.

 ??  ?? BINCANG: Fadzil (dua kiri) sedang melihat pelan yang disediakan konsultan projek fasiliti sukan yang terlibat di Sibu Jaya, Khamis lepas.
BINCANG: Fadzil (dua kiri) sedang melihat pelan yang disediakan konsultan projek fasiliti sukan yang terlibat di Sibu Jaya, Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia