Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diharap ambil langkah lebih berkesan tangani rabies

-

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo kecewa dengan cara pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) menangani isu rabies di negeri ini.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, Soo berkata selepas sekian lama kawasan penyebaran wabak rabies semakin meluas dan sehingga kini meragut 13 nyawa.

“Kami mahu menteri yang bertanggun­gjawab mengambil tindakan dan memindahka­n semua anjing terbiar.

“Mengapa wabak rabies semakin merebak? Apa masalahnya? Menteri yang bertanggun­gjawab harus melakukan sesuatu untuk menjadikan Sarawak sifar rabies,” katanya.

Tambah Soo, apa yang membuatnya lebih marah dengan isu rabies ini ialah menteri yang bertanggun­gjawab terus memberitah­u masyarakat apa yang perlu dilakukan apabila digigit anjing.

“Memberitah­u masyarakat apa yang perlu dilakukan selepas digigit anjing tidak membantu dalam mencegah rabies.

“Kita harus tahu puncanya. Wabak ini dapat dikekang dan tiada seorang harus terkena gigitan anjing,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Soo turut menggesa Kerajaan Sarawak agar menyiasat secara terperinci insiden letupan di CityOne Megamall barubaru ini.

Jika perlu katanya, Kerajaan Sarawak boleh menggunaka­n khidmat pakar luar untuk mengenal pasti punca sebenar letupan sama ada kelemahan struktur bangunan atau kebocoran gas.

“Saya rasa marah apabila pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) berkata ini adalah satu kemalangan.

“Tidak, jangan begitu mudah kata ia adalah kemalangan, tetapi sesuatu perlu dilakukan mengenai insiden ini kerana ia melibatkan nyawa orang awam.

“Saya kerap menonton wayang di CityOne, tetapi sekarang tiada seorang pun yang mahu datang ke CityOne ekoran insiden tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia