Utusan Borneo (Sarawak)

Bas bertembung kereta, empat maut dalam kemalangan

-

ROMPIN: Empat termasuk sepasang suami isteri yang baharu sebulan berkahwin maut dalam kemalangan melibatkan kereta dan bas ekspres di Km131.2 Jalan Kuantan-Johor Bahru awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.48 pagi itu, Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan isteri Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24, beralamat di Johor Bahru maut di tempat kejadian.

Ketika dihubungi di sini, Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata dua lagi yang maut merupakan anak saudara mereka Yasmin Afiqah Hazemi, 14 dan adiknya Yasmin Aliah, 12.

Pasangan berkenaan dikatakan dalam perjalanan menghantar dua kanakkanak terbabit pulang ke rumah mereka di Mersing, Johor selepas bercuti di Teluk Chempedak.

Katanya siasatan awal mendapati kereta Perodua Viva yang dipandu Mohd Syahmi dari arah Kuantan ke Johor Bahru memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan bas ekspres membawa 30 penumpang itu.

Azli berkata akibat pertembung­an, kedua-dua kenderaan terseret kira-kira 30 meter sebelum jatuh ke dalam parit di sebelah kanan jalan menghala Kuantan.

“Pemandu bas dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala semua mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Hopital Rompin untuk bedah sisasat.

“Kejadian berlaku di jalan dua lorong dua hala, lurus, gelap tanpa lampu jalan dan dalam keadaan cuaca baik.

Sementara itu dalam kemalangan berasingan di Km164 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran malam tadi, tiga penumpang dan seorang pemandu bas cedera selepas kenderaan yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata dalam kemalangan 9.24 malam itu, bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Klang ke Kuantan.

“K e m a l a n g a n i t u menyebabka­n keseluruha­n bahagian belakang treler dan bahagian depan bas berkenaan mengalami remuk yang teruk,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya kesemua mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Maran untuk rawatan.

Kedua- dua kes disiasat menurut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia