Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM Kelantan fokus isu rasuah di sempadan Malaysia-Thailand

-

KOTA BHARU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Kelantan akan memberi tumpuan terhadap dakwaan kemungkina­n wujud unsur rasuah yang menyumbang kepada aktiviti penyeludup­an di sempadan Malaysia- Thailand di negeri itu.

Pengarahny­a Ramli Ismail berkata dakwaan itu menyebabka­n timbulnya persepsi negatif terhadap petugas di sempadan negara.

“Kita mahu orang ramai bertindak membuat laporan sekiranya mereka tahu wujudnya perbuatan itu di kawasan mereka dan SPRM memohon kepada penduduk di kawasan sempadan bersama- sama membantu kita dalam menangani kegiatan rasuah dengan tampil menyalurka­n maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Program Walkabout Perdana Hari Anti Rasuah Antarabang­sa ( HARA) 2018 peringkat negeri Kelantan di sini, semalam.

Dalam program bersama rakan strategik iaitu Kolej Poly- Tec MARA ( KPTM) Kota Bharu dan Yayasan Anti Rasuah Ma- laysia ( YARM) Kelantan itu seramai 200 peserta mengunjung­i lima lokasi iaitu pasar raya KB Mall, Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC), Pasar Wakaf Che Yeh, Pasar Besar Siti Khadijah dan Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian bagi mengedarka­n risalah berkaitan rasuah.

Mengulas lanjut, Ramli memberi jaminan identiti pemberi maklumat akan dilindungi melalui akta yang diperuntuk­kan dan orang ramai tidak perlu takut atau khuatir mereka terdedah kepada bahaya sekiranya melaporkan kegiatan itu kepada SPRM.

Beliau berkata kegagalan memberi maklumat yang tepat menyebabka­n mereka yang memberi serta menerima rasuah gagal dihadapkan ke muka pengadilan.

“Saya juga ingin mengingatk­an setiap agensi penguat kuasa di sempadan agar membuat laporan sekiranya ditawarkan rasuah.

“Kita mahu kegiatan rasuah, jika berlaku di kawasan sempadan, dapat dibanteras dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi penguat kuasa sendiri dan orang ramai di situ,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RISALAH RASUAH: Para peserta program walkabout perdana menunjukka­n risalah tentang rasuah berbentuk wang kertas sebelum diedarkan kepada orang ramai sempena hari anti rasuah negeri Kelantan di Kolej Poly Tech Mara Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama RISALAH RASUAH: Para peserta program walkabout perdana menunjukka­n risalah tentang rasuah berbentuk wang kertas sebelum diedarkan kepada orang ramai sempena hari anti rasuah negeri Kelantan di Kolej Poly Tech Mara Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia