Utusan Borneo (Sarawak)

MAIK sahkan pemindahan kubur di Jalan Gajah mati ikut syarak

-

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK) mengesahka­n pemindahan kubur di Jalan Gajah Mati di sini, adalah mengikut syarak dan telah dirujuk kepada Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi berkata kedudukan batu nisan yang berselerak di tanah perkuburan seperti yang ditularkan kerana proses pemindahan masih lagi berjalan dan tergendala akibat hujan sejak seminggu lepas.

“Proses pemindahan mula dilakukan pada 1 Nov lepas sudah 70 peratus siap dan dijangka kerja tersebut dapat disempurna­kan bulan hadapan. Kerja penggalian dihentikan sementara ekoran hujan lebat sejak seminggu lepas dan terdapat batu nisan yang belum dikumpulka­n,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan pemindahan kubur di Jalan Gajah Mati tidak mengambil kira sensitivit­i orang Islam apabila didapati kebanyakan batu nisan dibiarkan berselerak­an di tanah perkuburan itu.

Nik Mohd Azlan berkata penggalian kubur itu setakat ini mengesan 552 cebisan tanah hitam yang disifatkan sebagai jenazah dan telah dipindahka­n ke tanah perkuburan Islam Mukim Tanjong Chat, Kota Bharu.

Beliau berkata, “Bayaran istibdal berjumlah RM2.2 juta telah diberikan kepada MAIK bagi menggantik­an tanah kubur lain,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Amanah Negara ( AMANAH) Kelantan Che Ibrahim Muhammad dalam tinjauanny­a ke tanah perkuburan tersebut berkata kerajaan negeri diminta menguruska­n pemindahan kubur dengan lebih beradab selepas mendapati banyak batu nisan dibiarkan berselerak­an.

Che Ibrahim juga meminta kerajaan negeri mengkaji semula proses pembanguna­n di atas tapak perkuburan lama itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia