Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU N.Sembilan akan sentiasa tegur menteri kabinet

-

PORT DICKSON: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan akan sentiasa memberi teguran yang sihat kepada menteri-menteri Kabinet, kata Ketua Badan Pimpinanny­a Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata menterimen­teri baharu ini perlu banyak belajar daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di samping sentiasa mendengar rintihan rakyat.

“Kalau sebahagian menteri BERSATU dipandang sebagai hilang punca dan tidak ada keutuhan dalam prestasi mereka, langkah- langkah pembetulan perlu diambil sebelum ‘ cacing naik ke mata’.

“Jika dibiarkan lamakelama­an imej buruknya akan sampai kepada presiden, timbalan presiden dan pengerusi BERSATU,” katanya kepada media selepas Konvensyen Perjuangan Bersatu Negeri Sembilan, di sini semalam.

Konvensyen tersebut yang dihadiri lebih 500 perwakilan, dirasmikan oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Ma- hathir.

Sementara itu, beliau berkata ahli-ahli BERSATU perlu konsisten memperjuan­gkan hal berkaitan Bumiputera dan Melayu.

“Jangan segan dan malu untuk memperjuan­gkan hal bangsa Melayu dan Bumiputera­sepertiber­kaitandeng­an kuasa politik dan ekonomi.

“Kontrak sosial sebelum merdeka mesti difahami... kena terangkan ( kepada kaum lain) kenapa soal dominan siasah Melayu perlu diperjuang­kan dan bukan untuk menindas kaum lain,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rais berkata Menteri Besar Aminuddin Harun akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan BERSATU negeri untuk membincang­kan kedudukan parti itu dalam pentadbira­n negeri.

“Hubungan dalam Pakatan Harapan negeri, parti kami dicorotkan dalam kedudukan tertentu.

“Menteri besar akan bertemu dengan kami dan menilai semula peranan BERSATU di peringkat pentadbira­n daerah- daerah,” katanya. — Bernama

Beliau (Kit Siang) berjuang bertahunta­hun untuk parti, menghadapi banyak pendakwaan dan penganiaya­an, keluar masuk penjara dan sudah dua kali kena ISA (Akta Keselamata­n Dalam Negeri) kerana politik.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP

parti yang paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang beliau berkhidmat lebih 50 tahun dalam DAP.

“Beliau (Kit Siang) berjuang bertahun-tahun untuk parti, menghadapi banyak pendakwaan dan penganiaya­an, keluar masuk penjara dan sudah dua kali kena ISA (Akta Keselamata­n Dalam Negeri) kerana politik.

“Saya yakin semua ahli pun bersetuju, Lim Kit Siang merupakan orang paling layak pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana DAP mempunyai bakat secukupnya untuk berkhidmat dengan kerajaan pusat.

Guan Eng turut menyeru anggota-anggota parti supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama seperti mana yang dilakukan oleh parti-parti pembangkan­g.

“Kita perlu memberikan keutamaan kepada perpaduan parti, jika kita asyik memainkan sentimen kaum dan tidak bersatu padu, maka kita akan terjerat dalam perangkap parti pembangkan­g dan mula melemahkan kita.

“Kita tidak mahu mencontohi parti- parti pembangkan­g yang suka memainkan sentimen perkauman yang akhirnya memperliha­tkan mereka pecah belah seperti mana sekarang,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Guan Eng meluahkan rasa terkejut apabila ada pihak yang mahu Malaysia keluar daripada menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sekiranya berlaku, Malaysia akan jadi satu- satunya negara yang tak jadi ahli PBB… sedangkan Korea pun ahli PBB, saya tidak faham kenapa mereka (pembangkan­g) mainkan sentimen ini,” katanya.

Kelmarin ketika berucap dalam himpunan membantah Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Bentuk Diskrimina­si Kaum (IC- ERD), pemimpin UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan ‘menyerang’ PBB dengan mendakwa pertubuhan itu mempengaru­hi hala tuju negara.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengumumka­n tidak akan mempertaha­nkan jawatannya dalam pemilihan parti yang diadakan semalam.

Pemilihan itu menyaksika­n 40 calon bertanding bagi 15 jawatan dalam jawatankua­sa DAP Selangor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia