Amirudin ucap terima kasih atas lantikan Pengerusi MPN PKR Mohamad Sabu akui ucapan tidak lagi ‘umph’
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berterima kasih kepada barisan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana memberi kepercayaan dengan melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Amirudin dalam kenyataannya semalam berkata dengan pelantikan itu, beliau bertekad akan memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan agenda pembangunan dan pemerkasaan parti dapat dipenuhi.
“Saya menggesa agar seluruh anggota parti merapatkan saf dan menyingkirkan segala kecurigaan dan buruk sangka sesama kita, ini adalah waktu untuk bekerja demi rakyat negeri Selangor.
“Saya juga akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan serta menetapkan anggota jawatankuasa di peringkat Majlis Pimpinan Negeri PKR, Selangor,” katanya.
Semalam, Pengarah Komuni- kasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam kenyataan berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi rundingan bersama ketua-ketua cabang PKR dan bersetuju melantik pengerusipengerusi MPN Johor, Terengganu, Perlis, Selangor dan Kelantan. — Bernama
Dahulu, kemunculan tokoh politik tanah air ini di atas pentas ceramah sering dinantinantikan penyokongnya.
Ini kerana Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu tidak pernah jemu menghidangkan ceritacerita panas dan kontroversi berkaitan politik tanah air dalam cara yang mencuit hati.
Bagaimanapun sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Presiden AMANAH itu mengakui ucapannya sudah ‘tiada umph’.
“Ceramah saya sudah tidak sedap macam dulu sebab banyak pantang larang (untuk bercakap). Misalnya isu Johor dengan Singapura hanya Kementerian Luar yang keluarkan kenyataan dan cuba selesaikan. — Bernama