Utusan Borneo (Sarawak)

INISIATIF KEMPEN MELAWAT SARAWAK 2019

-

KUCHING: Imej burung enggang dan nama Sarawak akan menghiasi beberapa pesawat AirAsia yang melakukan penerbanga­n serantau di Asia Tenggara bermula Januari tahun depan.

Paparan di badan atau ‘livery’ dan promosi di bahagian dalam pesawat itu adalah sebahagian daripada platform yang digunakan oleh Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dalam Kempen Melawat Sarawak 2019 untuk mempromosi­kan negeri ini ke mata dunia, sekali gus mencapai sasaran lima juta pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor berkata, sebuah pesawat yang mempunyai ‘livery’ di bahagian badannya adalah untuk penerbanga­n domestik dan antarabang­sa, manakala lima lagi pesawat memaparkan promosi Sarawak di bahagian dalamannya (petak bagasi dan dulang), iaitu membabitka­n tiga penerbanga­n domestik dan dua ke Thailand.

“Pesawat-pesawat AirAsia ini akan terbang secara serantau di seluruh Asia Tenggara untuk tempoh dua tahun, sambil dihiasi dengan reka bentuk berwarna yang menggambar­kan burung enggang dan nama Sarawak.

“Penggunaan imej ini diyakini akan memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi yang penuh dengan kehidupan, keterujaan dan keseronoka­n dengan banyak tarikan dan produknya menerusi budaya, pengembara­an, alam sekitar, perayaan dan makanan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis menandatan­gani Memo- randum Perjanjian ( MoA) Aircraft Livery antara STB dan rakan strategik, Laduni Services Sdn Bhd untuk Kempen Melawat Sarawak 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Upacara menandatan­gani MoA tersebut yang disempurna­kan oleh Sharzede dan Pengarah Urusan Laduni Services Syed Anuar Syed Ahmad disaksikan oleh Pengerusi STB Datuk Abdul Wahab Aziz serta ahli Lembaga Pengarah AirAsia Dato Abdul Aziz Abu Bakar.

Selain itu, Sharzede berkata, STB juga telah memetakan strategi untuk mempromosi­kan Sarawak di dalam dan luar negara, dengan meningkatk­an pendekatan pemasaran melalui platform digital.

“60 hingga 70 peratus pelancong masa kini menggunaka­n ‘online’ dan kami memanfaatk­annya dalam sebahagian daripada cara kami mempromosi­kan Sarawak,” ujarnya.

Di samping itu katanya, Kempen Melawat Sarawak 2019 juga diperhebat­kan lagi dengan lagu tema yang dinyanyika­n oleh penyanyi tersohor tanah air, Dayang Nurfaizah selaku duta dalam mempromosi­kan Sarawak.

Beliau menjelaska­n, lagu tersebut disusun sepenuhnya oleh anak Sarawak yang memaparkan unsur budaya, pengembara­an, makanan, alam dan perayaan membabitka­n pelbagai etnik di negeri ini.

 ??  ?? MENARIK: Sebuah pesawat AirAsia yang dihiasi dengan ‘livery’ burung enggang dan nama Sarawak untuk digunakan pada Kempen Melawat Sarawak 2019.
MENARIK: Sebuah pesawat AirAsia yang dihiasi dengan ‘livery’ burung enggang dan nama Sarawak untuk digunakan pada Kempen Melawat Sarawak 2019.
 ??  ?? TERMETERAI: Sharzede (tiga kiri) dan Syed Anuar (empat kanan) bertukar dokumen MoA sambil disaksikan oleh Abdul Wahab (dua kiri) dan Abdul Aziz (tiga kanan).
TERMETERAI: Sharzede (tiga kiri) dan Syed Anuar (empat kanan) bertukar dokumen MoA sambil disaksikan oleh Abdul Wahab (dua kiri) dan Abdul Aziz (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia