Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan kuat di restoran Jepun cederakan 42

Bangunan kayu dua tingkat musnah dijilat api, saksi dakwa terhidu bau gas selepas letupan

-

TOKYO: Satu letupan kuat yang meranapkan sebuah restoran di utara Jepun mencederak­an 42 orang dan menyebabka­n kerosakan serius kepada beberapa bangunan berhampira­n, memaksa sesetengah penduduk melarikan diri ke tempat yang selamat, kata pihak berkuasa.

Letupan di Sapporo pada malam Ahad mencetuska­n kebakaran dan menyebabka­n keruntuhan separuh daripada beberapa bangunan berhampira­n.

Imej dari tempat kejadian menunjukka­n kebakaran besar dan kepulan asap naik ke udara malam itu, dan beberapa saksi memerikan letupan yang menakutkan.

Punca letupan masih dalam siasatan kata polis. Seorang saksi dilaporkan mendakwa dia terhidu bau gas selepas letupan.

Seorang pegawai polis bagi wilayah Hokkaido memberitah­u AFP selain daripada jumlah kecederaan yang besar, tiada kematian berlaku.

Agensi Jiji Press melaporkan salah seorang mangsa yang tercedera mengalami kecederaan serius, melecur pada bahagian mukanya, namun tiada seorang pun daripada mangsa mengalami kecederaan yang membahayak­an nyawa.

Beberapa kanak-kanak telah dilaporkan sebagai antara mereka yang tercedera dalam letupan.

“Saya mendengar satu bunyi ‘bang’, yang kedengaran seperti guruh, dan kondo saya bergegar,” seorang lelaki dalam usia 50-an memberitah­u The Japan Times.

“Terdapat satu bunyi yang sangat kuat, ‘bang’, kemudian ketika saya memandang ke langit ia telah dipenuhi oleh kepulan asap,” kata seorang wanita tua dalam rakaman syarikat penyiaran awam NHK.

Bangunan kayu dua tingkat yang menempatka­n restoran itu, sebuah agensi hartanah dan sebuah klinik, mengalami kerosakan teruk, seorang pegawai jabatan bomba Sapporo memberitah­u AFP.

Kebakaran daripada letupan telah merebak ke bangunan berhampira­n, dan serpihan yang berterbang­an akibat letupan telah memecahkan cermin pangsapuri dan restoran berhampira­n, menurut laporan tempatan.

“Kami sedang menyiasat maklumat mengenai kerosakan bersama pihak polis di tempat kejadian,” kata pihak berkuasa.

Pihak penyiaran negara NHK melaporkan anggota bomba telah mengambil masa selama beberapa jam untuk memadamkan kebakaran, dengan beberapa kenderaan dikerahkan bagi menangani kemalangan itu.

Seorang pekerja wanita berusia 26 tahun di dalam restoran telah terjun dari tingkat pertama dan mengalami patah kaki ketika dia cuba menyelamat­kan diri dari kebakaran, menurut laporan media.

“Saya berasa sangat lega kerana dia masih hidup,” kakaknya, yang bergegas ke tempat kejadian, memberitah­u akhbar Yomiuri Shimbun.

Letupan berlaku sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan, dan kerajaan bandar telah membuka sebuah pusat pemindahan bagi menempatka­n beberapa orang yang kediaman mereka mengalami kerosakan.

“Jumlah mangsa yang dipindahka­n bertambah kepada kira-kira 60 orang pada sekitar waktu tengah malam, namun sekarang terdapat 10 orang yang masih berada di pusat pemindahan itu,” pegawai Sapporo Yasuhiro Ishizuka memberitah­u AFP.

Letupan turut menyebabka­n bekalan elektrik terputus buat sementara, dengan 250 bangunan terpaksa bergelap, namun kuasa telah dikembalik­an kemudian, katanya.

Banyak bangunan kecil dan sederhana yang lebih lama di Jepun dibina separuh atau keseluruha­nnya daripada kayu dan mudah terdedah kepada kebakaran.

Pada Februari, 11 orang terkorban di Sapporo selepas satu kebakaran berlaku di sebuah rumah untuk golongan tua yang mengalami masalah kewangan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Kyodo/Reuters ?? AKIBAT LETUPAN: Anggota bomba beroperasi di tapak di mana letupan besar berlaku di sebuah restoran di Sapporo, Hokkaido, utara Jepun pada Ahad.
— Gambar Kyodo/Reuters AKIBAT LETUPAN: Anggota bomba beroperasi di tapak di mana letupan besar berlaku di sebuah restoran di Sapporo, Hokkaido, utara Jepun pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia