Utusan Borneo (Sarawak)

RM250 juta untuk mitigasi banjir

-

Kerajaan persekutua­n telah meluluskan peruntukan RM250 juta untuk program mitigasi banjir di Sarawak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, perkara itu dimaklumka­n oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar Arulnandam pada satu mesyuarat di Wisma Sumber Asli, Putrajaya 5 Disember lalu.

Mesyuarat itu diadakan sempena kunjungan hormat beliau ke atas Xavier yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak Chok Moi Soon dan Pengarah Perkhidmat­an Pembetunga­n Sarawak Lau Hian Ung.

Menurut Dr Sim, Xavier bersetuju untuk membantu dari segi dana berjumlah RM250 juta iaitu RM150 juta bagi program mitigasi banjir di Kuching dan baki RM100 juta untuk Sibu.

Dr Sim berkata, peruntukan terbabit yang akan digunakan dalam waktu terdekat adalah sebahagian daripada RM608.7 juta jumlah keseluruha­n pro- jek yang telah diluluskan sebelum ini.

“Kerajaan negeri dan pusat akan bersama-sama membiaya projek-projek pengairan dan saliran di Sarawak.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 20162020, JPS Sarawak telah memohon peruntukan RM4.58 bilion untuk melaksanak­an empat program mitigasi banjir utama di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, hanya RM608.7 juta (atau 13 peratus daripada jumlah keseluruha­n diperuntuk­an untuk RMK11) digunakan bagi membiaya beberapa projek,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

 ??  ??
 ??  ?? BERI TUMPUAN: Dr Sim (dua kanan) bersama (dari kiri) Lau, See dan Xavier mendengar taklimat daripada Chok berhubung projek mitigasi banjir dan perkhidmat­an pembetunga­n di Sarawak.
BERI TUMPUAN: Dr Sim (dua kanan) bersama (dari kiri) Lau, See dan Xavier mendengar taklimat daripada Chok berhubung projek mitigasi banjir dan perkhidmat­an pembetunga­n di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia