Utusan Borneo (Sarawak)

OPERASI MEDEVAC DI GUNUNG MULU TERPAKSA DITANGGUH

-

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terjatuh di Gunung Mulu, pada malam Sabtu lalu, dengan menggunaka­n bantuan pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, terpaksa ditangguhk­an pada jam 3.30 petang semalam berikutan cuaca buruk.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong mengesahka­n menerima maklumat daripada pegawainya yang berada di Mulu bahawa Ops MEDEVAC di Taman Negara Mulu itu terpaksa ditangguhk­an kerana cuaca tidak mengizinka­n.

“Keadaan awan tebal menyukarka­n operasi mengeluark­an mangsa daripada lokasinya di Kem 4, taman negara tersebut.

“Operasi ditangguhk­an pada jam 3.30 petang tadi (semalam) dan akan disambung semula pagi esok (hari ini),” jelas beliau sambil menambah pasukan Unit Udara Bomba itu juga akan bermalam di Mulu.

Dalam kejadian Sabtu lalu, penyelidik dari Jepun, Akihiro Noda, 25, cedera parah selepas terjatuh di sekitar Kem 4 semasa mendaki Gunung Mulu pada hari ketiga pendakiann­ya ke puncak gunung itu bersama seorang lagi rakan penyelidik­nya.

Kejadian berlaku pada jam 9 malam, 15 Disember lalu, di mana mangsa yang mengalami keretakan tulang punggung dan lebam tulang rusuk terpaksa dipapah ke Kem 4 yang berada pada ketinggian 1,820 meter dari aras laut.

Mangsa juga menunjukka­n tindakan balas tidak dapat bergerak berikutan kecederaan yang dialami dan memerlukan bantuan melalui udara untuk membawanya ke bawah.

Balai Bomba dan Penyelamat Marudi yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 petang, 16 Disember lalu, dari pejabat Taman Negara Mulu, kemudian memaklumka­n kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri untuk bantuan unit udara.

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri bersama sembilan anggota termasuk dua juruterban­g TUDM, berlepas ke Taman Negara Mulu pada jam 7.30 pagi semalam, untuk melakukan Ops MEDEVAC.

Pasukan Unit Udara berkenaan berjaya menurunkan dua anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) ke lokasi di Kem 4, dalam keadaan berawan bagi membantu mangsa dan akan mengambil mereka semula sebaik cuaca cerah, untuk diterbangk­an terus ke Hospital Miri bag mendapatka­n rawatan segera.

Bagaimanap­un, keadaan awan tebal tidak mengizinka­n pesawat helikopter bomba itu meneruskan Ops MEDEVAC.

Sementara itu, kedua-dua penyelidik Jepun itu bersama tiga porter warga tempatan yang mengiringi mereka, mulai meninggalk­an kem induk Taman Negara Mulu pada 13 Disember untuk mendak gunung berkenaan bagi tujuan penyelidik­an.

 ??  ?? NURUL IZZAH
NURUL IZZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia