Utusan Borneo (Sarawak)

NURUL IZZAH LETAK JAWATAN SEBAGAI NAIB PRESIDEN PKR

-

KUCHING: Ahli Parlimen Permatang Pauh Nuruh Izzah Anwar semalam mengumumka­n peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nurul Izzah menerusi kenyataan akhbarnya semalam memaklumka­n beliau turut melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang dan tidak lagi berkhidmat untuk kerajaan persekutua­n dalam sebarang kapasiti.

“Saya meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang. Kepimpinan (parti) telah dimaklumka­n mengenai keputusan saya ini,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata, tugasnya sebagai wakil rakyat Permatang Pauh dan penggubal undang-undang akan diteruskan sehingga tamat tempoh.

“Saya juga kekal sebagai anggota biasa KEADILAN dan bagi jawatan di peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, saya serahkan kepada kepimpinan parti (untuk membuat keputusan).

“Saya juga menyerahka­n kepada kepimpinan untuk menentukan status saya sebagai Ahli Jawatankua­sa KiraKira Wang Negara (PAC). Terdahulu, saya telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Khas Menimbang Rang Undang-Undang,” katanya.

Nurul Izzah dalam pada itu memberi jaminan akan menjadi ahli parlimen yang komited kepada pembaharua­n.

“Cuma yang saya kesalkan ialah, saya sepatutnya membuat pengumuman ini lebih awal, tetapi ia bukan keputusan yang mudah untuk dibuat.

“Ini kerana perkembang­an politik negara yang berlaku tanpa henti sejak sembilan bulan lalu, diikuti pemilihan parti sejurus selepas kempen pilihan raya umum lalu,” ujarnya.

Nurul Izzah memulakan kerjaya politiknya pada 1998 dan menyifatka­n ia lebih kepada kebangkita­n politik, akhirnya sebagai sebahagian daripada kepimpinan pusat PKR.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada semua anggota KEADILAN kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka selama ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia