Utusan Borneo (Sarawak)

PENCAPAIAN TERBAIK PERINGKAT DUNIA

KBS mahu MOM mempertimb­angkan acara sukan bina badan dalam senarai Sukan SEA 2019

-

Saya akan bekerjasam­a dengan Persatuan Bina Badan Malaysia ( PBBM) untuk mempertimb­angkan sukan bina badan ” dipertandi­ngkan semula di Sukan SEA.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan

SEPANG: Kementeria­n Belia dan Sukan ( KBS) akan berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia ( MOM) bagi mempertimb­ang sukan bina badan disenaraik­an pada Sukan SEA Manila tahun depan.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan berjumpa Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada Rabu ini bagi memb i n - cangkan secara lanjut mengenai perkara itu.

Kali terakhir bina badan dipertandi­ngkan pada Sukan SEA adalah pada edisi 2013 di Myanmar dengan pencapaian skuad negara meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

“Saya akan bekerjasam­a dengan Persatuan Bina Badan Malaysia ( PBBM) untuk mempertimb­angkan sukan bina badan dipertandi­ngkan semula di Sukan SEA.

“Pencapaian mereka di Kejohanan Dunia sangat membanggak­an. Saya per- caya atlet bina badan boleh menyumbang pingat emas pada Sukan SEA sekiranya sukan itu dipertandi­ngkan,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan atlet bina badan negara di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2, di sini semalam.

Atlet bina badan negara menyumbang empat pingat emas keseluruha­n menerusi Lilian Tan meraih dua emas kategori 55kg ke atas dan masters 30 tahun ke atas, Syarul Azman Mahen Abdullah ( satu emas kategori fizik 167 sentimeter) dan atlet Sarawak, Buda Anchah menyumbang emas kategori masters 40-50 tahun di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Chiang Mai, Thailand, minggu lepas.

Syarul Azman juga muncul atlet pertama dunia meraih gelaran hatrik dalam kategori berkenaan.

Syed Saddiq berkata semua pemenang pingat akan menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan ( Shakam) bernilai RM20,000 untuk pingat emas, RM10,000 (perak) dan RM5,000 (gangsa). — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? SADDIQ
SADDIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia