Utusan Borneo (Sarawak)

Guru disyaki rogol pelajar ditahan polis

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu lima kali dalam sebuah kenderaan

- Oleh Andy Sabang

SARATOK: Polis menahan seorang guru sebuah sekolah rendah selepas dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah menengah di sini.

Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superinten­dan Polis (DSP) Mordani Tanin berkata, suspek yang berusia 41 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Balai Polis Saratok semalam.

Difahamkan perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 13 tahun itu menceritak­an kejadian malang itu kepada neneknya.

“Mangsa mendakwa telah melakukan hubungan seks bersama suspek sebanyak lima kali di dalam sebuah kenderaan di jalan ladang kelapa sawit di Ulu Roban,” ujar beliau.

Mordani berkata, terkejut dengan pengakuan itu nenek mangsa yang berumur 56 tahun kemudian tampil membuat laporan polis.

Ujar beliau, suspek kini direman 7 hari sehingga 22 Disember depan bagi membantu siasatan.

“Kita juga sudah membuat rakaman perbualan bersama pengadu, selain turut menghantar mangsa ke Hospital Saratok sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mangsa mendakwa telah melakukan hubungan seks bersama suspek sebanyak lima kali di dalam sebuah kenderaan di

” jalan ladang kelapa sawit di Ulu Roban.

DSP Mordani Tanin Ketua Polis Daerah Saratok

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia