Utusan Borneo (Sarawak)

Chong, Julian dilepas dan dibebas dari tuduhan sertai demonstras­i jalanan

-

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen dan bekas Ahli Parlimen Stampin Julian Tan Kok Ping dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan terlibat dalam demonstras­i jalanan semasa perhimpuna­n aman BERSIH 4.0, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Steve Ritikos membuat keputusan itu susulan arahan dari Jabatan Peguam Negara di Putrajaya agar pertuduhan itu ditarik balik ketika sebutan semula kes semalam.

Chong dan Tan dipanggil membeladir­iselepasMa­hkamah Tinggi pada 2017 membenarka­n pihak pendakwa membuat rayuan terhadap perintah pelepasan dan pembebasan mereka, serta mengarahka­n kes tersebut dikembalik­an ke Mahkamah Sesyen.

Pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Isa Hassim dan Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal, sementara pasukan peguam- bela terdiri daripada Roger Chin, Chong Siew Chiang dan Michael Kong.

C h i n m e m b e r i t a h u mahkamah bahawa perkara itu harus diselesaik­an, maka ia hanya adil untuk melepaskan dan membebaska­n mereka.

Ia mesti ada kesudahan kerana Chong ialah timbalan menteri dalam kabinet persekutua­n.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Stampin, merupakan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau dan Tan dituduh terlibat menyertai demonstras jalan secara haram apabila berarak dari depan Hotel Hilton Kuching dan sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Borneo, Jalan Tabuan dan Jalan Barrack sehingga Padang Song Kheng Hai di sini dari jam 2 petang hingga 3 petang pada 29 Ogos 2015.

 ??  ?? LEPAS, BEBAS: Chong (tengah) dan Tan (kanan) bersama peguam-peguam dan ahli-ahli DAP Sarawak termasuk ADUN Pending Violet Yong dan bapa Chong, Siew Chiang di mahkamah di Petra Jaya semalam.
LEPAS, BEBAS: Chong (tengah) dan Tan (kanan) bersama peguam-peguam dan ahli-ahli DAP Sarawak termasuk ADUN Pending Violet Yong dan bapa Chong, Siew Chiang di mahkamah di Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia