Utusan Borneo (Sarawak)

MA63: Jawatankua­sa khas bermesyuar­at buat julung kali

Abang Johari antara yang menghadiri acara bersejarah, mesyuarat selaras komitmen menyemak pelaksanaa­n MA63

-

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet (Pemandu) Untuk Menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diadakan buat julung kalinya di sini semalam, dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg antara mereka yang menghadiri acara bersejarah ini.

Jawatankua­sa Khas Kabinet itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang- Undang) Datuk Liew Vui Keong, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohd Azmin Ali, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Kerja Raya Baru Bian, Menteri Luar

Usul-usul Jawatankua­sa Khas Kabinet ini telah dibentangk­an oleh saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) dan Jawatankua­sa Khas Kabinet juga menerima taklimat disampaika­n Ketua Menteri Sabah dan

Sarawak.

Datuk Liew Vui Keong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

Negeri Datuk Saifuddi Abdullah, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Selain itu, turut serta ialah Peguam Negara Tommy Thomas bersama Peguam Negeri Sabah Datuk Zaleha Rose Pandin, Peguam Negeri Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong dan ahli akademik Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Liew menerusi kenyataan akhbar berkata, mesyuarat itu selaras dengan komitmen kerajaan persekutua­n untuk menyemak pelaksanaa­n MA63.

“Usul- usul Jawatankua­sa Khas Kabinet ini telah dibentangk­an oleh saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) dan Jawatankua­sa Khas Kabinet juga menerima taklimat disampaika­n Ketua Menteri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Liew memberitah­u isu-isu yang dibentangk­an termasukla­h cadangan mengembali­kan semula hak autonomi kerajaan Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara seperti kewangan, eksplorasi minyak, perlombong­an dan gas, perundanga­n, tanah dan hasil daripada tanah, kerja raya persekutua­n dan negeri, maritim dan perikanan, sumber manusia dan perkhidmat­an awam negeri.

Selain itu katanya, pindaan kepada Perkara 12 Perlembaga­an Persekutua­n kepada fasal sebelum pindaan pada 1976 turut dibincangk­an.

Tambahnya, jawatankua­sa itu akan bersidang dua bulan sekali dan diberi masa enam bulan dari tarikh mesyuarat semalam untuk membentang­kan laporan akhir.

“Selaras dengan prinsip kerajaan Sabah dan kerajaan Sarawak sebagai rakan sekutu kepada Semenanjun­g, Jawatankua­sa Khas Kabinet hari ini (semalam) turut meluluskan usul pelantikan ahli tambahan dari Sabah dan Sarawak.

“Ahli tambahan ini ialah Timbalan Ketua Menter Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Gerawat Gala, Menteri Muda Perundanga­n, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan bekas Peguam Besar Sabah Datuk Stephen Foo Kiat Shin.

 ??  ?? BERSEJARAH: Dr Mahathir (duduk, tengah) bergambar bersama Abang Johari (duduk, enam kiri) dan Mohd Shafie (duduk, enam kanan serta ahli lain Jawatankua­sa Khas Kabinet (Pemandu) untuk menyemak pelaksanaa­n MA63 di Putrajaya, semalam.
BERSEJARAH: Dr Mahathir (duduk, tengah) bergambar bersama Abang Johari (duduk, enam kiri) dan Mohd Shafie (duduk, enam kanan serta ahli lain Jawatankua­sa Khas Kabinet (Pemandu) untuk menyemak pelaksanaa­n MA63 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia