Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba yakin capai sasaran 60 pasukan bomba sukarela hingga hujung tahun

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak menyasarka­n penubuhan 60 pasukan bomba sukarela dengan keanggotaa­n 2,315 ahli di negeri ini sehingga penghujung tahun ini.

Pengarahny­a Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, setakat ini 48 pasukan bomba sukarela telah ditubuhkan di seluruh negeri dan 12 pasukan lagi kini dalam peringkat akhir pendaftara­n.

Katanya, latihan telah diberikan kepada ahli dari 12 pasukan itu dan yang tinggal hanya menunggu pendaftara­n supaya mereka dapat dilengkapi dengan peralatan pemadaman kebakaran serta diberi geran bantuan pengoperas­ian.

“Justeru kita menyasarka­n 60 pasukan bomba sukarela dapat ditubuhkan sehingga penghubung tahun ini memandangk­an 12 lagi pasukan masih menunggu pengesahan penyertaan oleh pejabat saya.

“Pada masa sama, kita juga menyasarka­n mempunyai 34 balai bomba di Sarawak sehingga penghujung tahun 2019 termasuk dua balai tambahan akan diwujudkan dengan sebuah terletak di Asajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeriksa barisan kehormat anggota JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng di sini semalam

Dalam pada itu menurut beliau, meskipun ada tambahan balai, dengan keluasan Sarawak yang begitu besar, JBPM tetap tidak mampu untuk memberi perkhidmat­an melepasi jangkauan masyarakat.

Katanya, mustahil untuk bomba melaksanak­an tugas dengan baik di sebuah negeri yang mempunyai keluasan yang sangat besar sep- erti Sarawak tanpa bantuan masyarakat setempat.

Sehubungan itu katanya, penubuhan pasukan bomba sukarela, bomba komuniti dan bomba bantuan serta mewujudkan balai kategori E di kawasan luar bandar dilihat sebagai pendekatan yang baik dalam memberi perlindung­an kebombaan kepada penduduk di negeri ini.

Setakat ini katanya, sebanyak 503 pasukan bomba komuniti dengan keanggotaa­n 4,771 ahli telah ditubuhkan di negeri ini.

“Pada masa sama, pegawai bomba bantuan di seluruh Sarawak setakat hari ini seramai 186 orang dan kita menyasarka­n akan mencapai 261 orang menjelang pertengaha­n tahun 2019 kelak.

“Pengambila­n ini meningkat apabila ada keperluan di peringkat balai-balai yang baharu diwujudkan,” katanya.

Justeru menurut beliau, dengan adanya tambahan pasukan bomba sukarela, bomba komuniti dan bomba bantuan, keupayaan JBPM Sarawaj untuk memenuhi ekspektasi masyarakat akan lebih baik.

 ??  ?? TERBAIK: Khirudin memeriksa barisan kehormat sambil diiringi Penguasa JBPM Zon Miri Law Poh Kiong (kiri).
TERBAIK: Khirudin memeriksa barisan kehormat sambil diiringi Penguasa JBPM Zon Miri Law Poh Kiong (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia