Utusan Borneo (Sarawak)

Keselamata­n diri dan rumah tanggungja­wab bersama: Bomba

-

Sikap keprihatin­an berkaitan keselamata­n diri di kalangan rakyat di Sarawak masih rendah.

Malah menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Khirudin Drahman @ Hussaini, ramai masyarakat di luar sana yang masih beranggapa­n keselamata­n rumah mereka adalah tangggungj­awab bomba.

“Tetapi yang sebenarnya ia adalah tanggungja­wab kita bersama, justeru saya tekankan tiga langkah pendidikan keselamata­n kebakaran yang perlu dihayati semua pihak yang berkonsepk­an 3P iaitu precaution (langkah berjaga- jaga), prevention (pencegahan) dan protection (melindungi),” tegasnya.

Dari segi langkah berjagajag­a katanya, pihak bomba boleh menggunaka­n saluran media untuk mewar-warkan kepada masyarakat di luar sana tentang langkah-langkah keselamata­n yang perlu diambil semasa berlaku kebakaran.

Namun dari aspek pencegahan, ia perlu dilakukan sendiri oleh mereka dengan tidak menyimpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam rumah agar kebarangka­lian kebakaran dapat dikurangka­n serta memiliki sendiri alat pemadam api sebagai langkah melindungi keselamata­n diri dan harta benda.

Khirudin menegaskan demikian pada sidang media yang diadakan sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, Miri di sini semalam.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Penguasa JBPM Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba 1 Law Poh Kiong dan Penguasa Bomba Kanan II, Ahmad Nizam.

Dalam pada itu menurut beliau, kerajaan negeri akan mendapatka­n pandangan dari masyarakat untuk mewajibkan rumah-rumah panjang di Sarawak diletakkan di bawah kawalan Ordinan Bangunan Sarawak (SBO).

“Sabtu lalu, Ketua Menteri (KM) ada menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk meminda dan mengkaji undang-undang sedia ada untuk memastikan kes-kes kebakaran rumah panjang dapat ditangani secara holistik dan memasukkan rumah-rumah panjang di negeri ini di bawah kawalan ordinan tersebut

“Sekiranya dilaksanak­an kelak, ia akan mewajibkan setiap pintu di rumah panjang memiliki alat pemadam api, selain membina dinding pemisah kebakaran dan sistem pendawaian elektrik mengikut spesifikas­i yang ditetapkan,” katanya.

Menurut Khirudin, perkara itu dibangkitk­an KM berikutan statistik kebakaran rumah panjang yang menunjukka­n trend menaik sejak tiga tahun lalu dengan 20 kes dilaporkan pada 2016, 2017 (25) dan tahun ini sahaja 29 kes.

Katanya, hasil kebanyakan kes yang disiasat mendapat punca kebakaran adalah litar pintas, selain budak bermain mancis dan penggunaan ap yang tidak dikawal dengan betul.

Dalam pada itu menurut beliau, sejumlah RM14.8 juta kerugian direkodkan dalam 25 kes kebakaran yang dilaporkan berlaku di seluruh neger pada tahun ini.

Manakala harta benda yang berjaya diselamatk­an bernila RM13.4 juta dan keseluruha­n harta benda yang terlibat pula berjumlah RM25.6 juta.

“Manakala bagi empat kes lagi termasuk kes terbaharu yang berlaku di Sri Aman tempoh hari, pihak kita masih dalam proses pengumpula­n data yang lengkap,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang awam agar sentiasa berhati-hati dan memainkan peranan masing-masing dalam mencegah kebakaran yang boleh meragut nyawa serta memusnahka­n harta benda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia