Utusan Borneo (Sarawak)

PBT harus tukar mentaliti, cara kerja seiring keperluan rakyat: Penguang

-

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini digesa mengamalka­n mentaliti dan cara kerja baharu seiring dengan pelbagai cabaran dihadapi ketika ini.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr. Penguang Manggil berkata, PBT tidak boleh lagi mempunyai mentaliti dan cara kerja lama iaitu ‘melaksanak­an apa yang kita mahu’.

PBT di Sarawak tegasnya, harus menukar mentaliti dan cara kerja kepada ‘melaksanak­an apa yang rakyat mahu’.

“Sudah tiba masanya untuk PBT bukan hanya menumpukan kepada kebersihan dan kutipan sampah tetapi berperanan dalam menarik pelaburan dalam dan luar ke kawasan PBT dalam usaha menambah pendapatan.

“Ini penting kerana PBT tidak boleh terus bergantung kepada kerajaan dan kerajaan persekutua­n untuk mendapatka­n sumber kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan dan Pra Krismas 2018 anjuran Majlis Daerah Bau (MDB), di Dewan Suarah Bau di sini, malam kelmarin.

Penguang berkata, PBT juga harus memastikan kecekapan pengurusan kewangan masingmasi­ng dan sentiasa berusaha mencari punca pendapatan baharu.

Ia katanya, akan mem- bolehkan PBT melaksanak­an projek atau program yang memanfaatk­an penduduk di kawasan pentadbira­n masingmasi­ng.

“Dengan adanya sistem pengurusan PBT yang sistematik, ia akan membolehka­n aduan dan perkhidmat­an kepada masyarakat dapat dilaksana dengan lebih cekap serta berkesan.

“Oleh itu saya menyeru warga kerja Majlis Daerah Bau untuk terus memberi penekanan kepada perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu memastikan penyampaia­n perkhidmat­an efektif serta efisien,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyuaraka­n keyakinan bahawa MDB di bawah kepimpinan Simon Wong akan merancang pelan- pelan strategik yang mampu mencorakka­n hala tuju seterusnya.

Ia penting supaya semua jenis perkhidmat­an majlis yang disediakan dapat member kehidupan lebih selesa kepada penduduk, tambahnya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep ADUN Opar Ranum Mina ADUN Serembu Miro Simuh ADUN Batu Kitang yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan Lo Khere Chiang Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan Dato Peter Minos dan Pengerusi MDB Simon Wong.

 ??  ?? SIMBOLIK: Penguang (kiri) melancarak­an ‘QR Code’ untuk Buletin MDB. Turut kelihatan (dari kanan) Miro dan Ranum.
SIMBOLIK: Penguang (kiri) melancarak­an ‘QR Code’ untuk Buletin MDB. Turut kelihatan (dari kanan) Miro dan Ranum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia