Utusan Borneo (Sarawak)

Kampus sementara CENTEXS dibuka di Betong antara Jan dan Mac 2019

-

Kampus sementara Pusat Kecemerlan­gan Tekninal Sarawak (CENTEXS) akan dibuka di Betong antara Januari dan Mac tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman berkata, CENTEXS Betong akan menawarkan beberapa program latihan dengan fokus kepada tiga bidang iaitu teknologi fesyen, pertanian digital dan juga elektrik.

“Tiga bidang ini akan menjadi fokus utama kita di Betong dan pertanian digital merupakan bidang penting dalam agenda pembanguna­n di Betong,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Konvokesye­n Keempat CENTEXS di Pusat Konvensyen Penview (ICC) Demak di sini, semalam.

Tambah Syeed Hussien, sebaik dibuka tahun depan, CENTEXS Betong akan mengambil 100 pelajar untuk ambilan pertama bagi sesi Januari-Julai dan 100 lagi pelajar untuk ambilan kedua bagi sesi AprilOktob­er.

Kampus sementara CENTEXS di Betong akan menggunaka­n dua blok rumah kedai tiga tingkat yang kini dalam kerja-kerja pengubahsu­aian.

Ditanya mengenai perkem- bangan kerja-kerja pembinaan CENTEXS di Lundu, Syeed Hussien berkata, projek bernilai RM250 juta tersebut kini dalam pembinaan.

Kampus CENTEXS Lundu dijangka siap pada 2020 termasuk kampus di Lawas dan Dalat serta kampus baharu Betong pada 2021 yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Terdahulu pada konvokesye­n tersebut, seramai 442 pelatih CENTEXS menerima skrol masing- masing daripada Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

Semua graduan yang diraikan merupakan graduan kemahiran teknikal dan digital dalam bidang minyak dan gas, pelaburan dan elektrikal, pembinaan, tekstil dan hospitalit­i serta dagangan digital.

Talib turut menyampaik­an anugerah pelajar terbaik kepada 15 penerima dari setiap jurusan.

Penerima anugerah pelajar terbaik terdiri dari Hansen Agong (Teknologi Kimpalan 6G Lanjutan), Hendriy Herman ( Inspektor Kimpalan 3.0), Clinton Mara Lihan (Kru Pembinaan Minyak dan Gas), Christophe­r Lenggang Ngabing (Rigging & Slinging), Timothy Lucas Anyi (Rotating Machinery) dan Dave Maron Diyah (Static Equipment).

Turut menerima anugerah pelajar terbaik CENTEXS, Mohamad Harith Haiqal Hadanan (Wireman Plus), Ahmad Mujahid Fadzli (Chargeman L1), Razid Rosli (Working at Height Operator Level 1.1), Nazziatul Izreen Zainal Abidin (Teknologi Fesyen Asas), Lyidia Inang (Teknologi Fesyen Lanjutan), Cloudia June Jude Ajan (Hospitalit­i- Operasi Hidangan Banquet), Aina Elmira Annuar (Profesiona­l Diploma dalam Dandanan Rambutan dan Solekan) dan Sharifah Mordhiah Syeed Hussien (Digital-Pembanguna­n Aplikasi Telefon Android).

CENTEXS pertama kali bermula di Kuching pada Oktober 2014 dan kini mempunyai tiga kampus di Lundu, Dalat dan Lawas serta akan datang di Betong.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman wb CENTEXS di www.centex-sarawak.my atau hubungi talian 082-846408.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TERUSKAN USAHA: Talib (tengah) menyampaik­an anugerah pelajar terbaik kepada salah seorang pelatih pada Majlis Konvokesye­n CENTEXS di PCC Demak semalam. Turut kelihatan, Syeed Hussien (kiri).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TERUSKAN USAHA: Talib (tengah) menyampaik­an anugerah pelajar terbaik kepada salah seorang pelatih pada Majlis Konvokesye­n CENTEXS di PCC Demak semalam. Turut kelihatan, Syeed Hussien (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia