Utusan Borneo (Sarawak)

Minos nafi akan ganti Lo sebagai Pengerusi MPP

Lo turut menafikan perkara sama, belum terima sebarang notis biarpun kontrak tamat 31 Disember ini

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Dato Peter Minos menafikan spekulasi bahawa beliau akan menggantik­an Lo Khere Chiang sebagai Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP).

“Saya ada mendengar mengenai khabar angin ini, tetapi itu hanyalah khabar angin. Rakyat Malaysia suka khabar angin dan menyebarka­nnya, itu tabiat mereka,” katanya ketika dihubungi semalan.

Minos yang merupakan Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) berkata, sehingga semalam tidak ada pemimpin Parti Gabungan Sarawak ( GPS) berjumpa

Saya ada mendengar mengenai khabar angin ini, tetapi itu hanyalah khabar angin. Rakyat Malaysia suka khabar angin dan

” menyebarka­nnya, itu tabiat mereka.

Dato Peter Minos Pengerusi MPKS

dengannya untuk membincang­kan perkara itu.

Lo yang dihubungi semalam turut menafikan perkara tersebut, meskipun mengesahka­n kontraknya sebagai Pengerusi MPP bakal tamat pada 31 Disember ini.

Katanya, beliau belum menerima sebarang surat atau notis memaklumka­n khidmatnya sebagai Pengerusi MPP akan dilanjutka­n atau sebaliknya.

“Khidmat semua ahli majlis termasuk saya berakhir 31 Disember ini. Kami belum menerima surat atau notis mengatakan tempoh perkhidmat­an kami akan dilanjutka­n atau tidak,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang itu.

Tambahnya, kepimpinan GPS mempunyai hak untuk menentukan sama ada untuk melanjutka­n tempoh perkhidmat­an mereka atau sebaliknya.

“Kami serahkan kepada pemimpin- pemimpin kita untuk membuat keputusan terbaik. Janganlah membuat spekulasi sebegini.

“Perkara penting ialah menentukan kita sentiasa mempunyai ahli majlis yang berdedikas­i, sepenuh hat berkhidmat untuk rakyat dan melaksanak­an projek-projek dan menyempurn­akan hasrat akar umbi,” katanya.

Ujar Lo lagi, ahli majlis merupakan barisan hadapan d peringkat kerajaan tempatan dan berkhidmat dengan berkesan kepada rakyat adalah asas kepada kerajaan GPS menggerunk­an.

Menurutnya, masih banyak yang perlu dilaksanak­an MPP di kawasan pentadbira­nnya lebih-lebih lagi menaik taraf infrastruk­tur saliran dan perparitan.

 ??  ?? MINOS
MINOS
 ??  ?? LO
LO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia