Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Muzium Sarawak jayakan Eksplorasi Mencari Harta Qarun

-

Norhayatie Ahmad berjaya menjuarai Eksplorasi Mencari Harta Qarun anjuran Jabatan Muzium Sarawak pada 8 Disember lalu.

Sementara itu, di tempat kedua adalah kumpulan Minnie Nona yang diketuai Medina manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan RD Garden yang diketuai Roziah Dillah.

Penyertaan aktiviti eksplorasi tersebut bertujuan untuk meningkatk­an pengetahua­n orang ramai terutama para pelajar tentang sejarah dan budaya masyarakat Islam di seluruh dunia amnya dan masyarakat Islam di Sarawak khususnya.

Aktiviti yang diadakan di Muzium Islam Sarawak itu melibatkan para pelajar sekolah rendah bersama tiga ahli keluarga mereka.

Sebelum itu, Jabatan Muzium Sarawak turut menganjurk­an beberapa aktiviti seperti Bengkel dan Peraduan Seni Khat pada 24 November dan 1 Disember lalu.

Selain itu, aktiviti sampingan lain yang turut diadakan ialah kuiz dan Pelawat Bertuah yang masih berlangsun­g sehingga kini.

Eksplorasi Mencari Harta Qarun merupakan salah satu aktiviti mengasah minda pelajar dan keluarga mereka dalam misi mencari jawapan yang tepat dalam masa yang telah ditetapkan.

Soalan-soalan yang dikemukaka­n adalah berdasarka­n kepada pameran sementara yang dipamerkan serta artifak-artifak yang terdapat di Muzium Islam Sarawak.

Bersempena sambutan itu juga, Jabatan Muzium Sarawak telah mengadakan pameran sementara berjudul ‘ Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W’.

Pameran yang berlangsun­g sehingga penghujung tahun ini mempamerka­n sejarah kehidupan Rasulullah sewaktu kecil, dewasa, sehingga diangkat sebagai Rasul, perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam sehingga kewafatan Baginda dan beberapa sifat terpuji Baginda yang harus dicontohi.

Selain itu juga, turut dipamerkan replika pedang Zul Faqar yang merupakan sebilah pedang yang istimewa buat Rasulullah.

Hasil pameran ini juga Muzium Islam Sarawak telah menerima banyak kunjungan daripada orang ramai dan Jabatan Muzium Sarawak turut menawarkan hadiah istimewa kepada pengunjung yang bertuah.

Pelawat Bertuah yang ke1,000 telah dimenangi Hassan Kawi dari Kampung Paya Mebi, di sini.

Jabatan Muzium Sarawak masih menunggu pelawatpel­awat bertuah seterusnya yang berkunjung ke Muzium Islam Sarawak.

Objektif pameran serta aktiviti-aktiviti sampingan yang diadakan adalah untuk mengenali Rasulullah secara lebih dekat, memperinga­ti perjuangan Rasulullah dalam menyebarka­n Islam serta menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah.

Selain itu, untuk member maklumat kepada para pengunjung tentang perkaraper­kara sunnah yang boleh dipraktikk­an bagi amalan dir sendiri dan menarik orang ramai untuk lebih kerap mengunjung­i muzium.

 ??  ?? PELAWAT BERTUAH: Hassan dari Kampung Paya Mebi, Kuching merupakan orang ke-1,000 melawat muzium tersebut.
PELAWAT BERTUAH: Hassan dari Kampung Paya Mebi, Kuching merupakan orang ke-1,000 melawat muzium tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia