Utusan Borneo (Sarawak)

Contohi inisiatif Kampung Merdang Gayam buka pusat PERMATA: Minos

-

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos merasmikan pembukaan Pusat Jagaan Kanak-Kanak PERMATA di Kampung Merdang Gayam di Kota Samarahan, baru-baru ini.

Pusat jagaan kanak-kanak tersebut merupakan inisiatif dan dikendalik­an sepenuhnya oleh penduduk di kampung tersebut diketuai pengasuh kanak-kanak terlatih, Delia Frederick.

Pusat tersebut akan menjaga kanak-kanak dari kampung tersebut termasuk kanakkanak dari perkampung­an Iban yang terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada perasmian pembukaan pusat tersebut, Minos mengucapka­n tahniah kepada penduduk kampung atas inisiatif tersebut.

“Didikan dan bimbingan yang baik adalah penting untuk anak-anak pada usia seawal tiga tahun supaya mereka boleh membezakan antara yang baik dan buruk.

“Selain itu didikan awal ini juga adalah sebagai persediaan dan pendedahan untuk anakanak sebelum melangkah ke alam persekolah­an sebenar,” katanya.

Minos dalam pada itu berharap setiap perkampung­an Dayak dapat mencontohi inisiatif oleh Kampung Merdang Gayam ini untuk perkembang­an anak-anak yang lebih sihat.

Pusat ini akan mula beroperasi Januari 2019 dengan pengambila­n melibatkan anakanak dari Kampung Merdang Gayam dan perkampung­an Iban di sekitarnya.

MPKS dalam pada itu akan melihat bagaimana dapat membantu dalam projek ini, kata Minos.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Minos (enam kiri) bersama dengan penduduk dan petugas Pusat Jagaan Kanak-Kanak PERMATA, Kampung Merdang Gayam, Kota Samarahan.
UNTUK ALBUM: Minos (enam kiri) bersama dengan penduduk dan petugas Pusat Jagaan Kanak-Kanak PERMATA, Kampung Merdang Gayam, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia