Utusan Borneo (Sarawak)

Bekerjasam­a, bersatu agar berjaya menawan Sarawak pada PRN: Baru

-

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak yang dipilih semula, Baru Bian meminta semua pemimpin dan ahli PKR negeri bekerjasam­a serta bersatu agar berjaya menawan Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Sebagai pengerusi, saya mahu menyeru semua pemimpin dan ahli PKR di Sarawak bekerjasam­a sebagai satu pasukan serta menggabung­kan tenaga serta fokus terhadap strategi menundukka­n kerajaan pembangkan­g.

“Hanya dengan kerjasama dan bersatu kita boleh menawan Sarawak pada PRN akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Menteri Kerja Raya itu berkata, beliau tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan semua Ketua PKR Cabang negeri yang dipilih, sama ada baharu atau dipilih semula.

“Inklusivit­i atau keterangku­man adalah kunci bersatu dan kemenangan,” ujarnya.

Baru berkata, pemimpin PKR khasnya berjanji akan terus mengukuhka­n kedudukan parti itu di Sarawak dan ia hanya dapat dicapai jika semua pihak bekerjasam­a mencapai matlamat sama.

Menurutnya, matlamat itu ialah menjadikan Sarawak lebih baik dan Malaysia yang lebih kukuh amnya melalui kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahka­n undi percaya dan saya merakamkan penghargaa­n kepada beliau atas sokonganny­a itu.

“Terima kasih dan penghargaa­n juga saya rakamkan kepada ketua-ketua cabang Sarawak kerana memberi sokongan dan kepercayaa­n kepada saya untuk mengetuai PKR Sarawak sepenggal lagi.

“Kesetian mereka bertahunta­hun lalu dan perjuangan kita bersama untuk semua rakyat Sarawak adalah bukti komitmen mereka untuk keadilan tanah air ini,” ujarnya.

Pada malam Sabtu lepas, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mewakili Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumka­n Baru kekal sebagai Pengerusi MPN, PKR Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kalalan itu berjaya mengekalka­n jawatan dipegangny­a sejak 2009, meskipun di sebalik pelbaga spekulasi yang mengatakan beliau akan diganti.

Fahmi dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas proses perbincang­an Anwar dengan ketua-ketua cabang negeri.

“Jawatan-jawatan lantikan lain akan diumumkan kemudian,” katanya.

Pada Jumaat, Anwar bermesyuar­at dengan ketua-ketua cabang PKR bagi berbincang dan memilih Pengerusi MPN Sarawak.

PKR selesai mengadakan pemilihan parti pada awa November.

Pemilihan tersebut disusul kongres parti yang pertama selepas PKR, sebagai antara part membentuk Pakatan Harapan (PH), berjaya menubuhkan kerajaan persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia