Utusan Borneo (Sarawak)

RM500,000 untuk dua lokasi lampu isyarat pintar di Miri

Lee berterima kasih kepada JKR negeri luluskan projek

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sebanyak RM500,000 diperuntuk­kan kerajaan negeri bagi pemasangan lampu isyarat pintar di dua kawasan iaitu simpang jalan berhadapan Lapangan Terbang Miri dan jalan pusingan berhampira­n Poliklinik Tudan.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri kerana meluluskan projek itu dan menyiapkan pemasangan mengikut masa.

Beliau berkata, pemasangan lampu isyarat pintar itu diharap dapat mengurangk­an kemalangan khususnya di di Jalan Miri Airport di samping melancarka­n lalu lintas terutama pada waktu puncak.

“Saya berharap dengan adanya lampu isyarat ini, pengguna-pengguna jalan raya memandu dengan berhemah dan mengikuti peraturan lalu lintas.

“Pemasangan lampu isyarat tidak akan membawa makna sekiranya pengguna jalan raya masih tidak mematuhi peraturan termasuk melanggar lampu isyarat,” katanya kepada media dalam sidang media

Pemasangan lampu isyarat tidak akan membawa makna sekiranya pengguna jalan raya masih tidak mematuhi peraturan termasuk

” melanggar lampu isyarat.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan

sempena Majlis Perasmian Lampu Isyarat di Persimpang­an Lapangan Terbang Miri di sini semalam.

Mengulas lanjut, Lee berkata pemasangan lampu isyarat di Lapangan Terbang Miri yang menelan kos RM300,000 itu adalah susulan beberapa aduan kemalangan antaranya membabitka­n pelajar Universiti Curtin Malaysia pada tahun lepas.

“Memang kerap berlakunya kemalangan, maka dengan itu daripada permohonan yang diterima, kita terus mengambil tindakan,” katanya.

Justeru, pihaknya telah mencadangk­an kepada JKR untuk membina lampu isyarat di situ untuk mengurangk­an berlakunya kemalangan.

Selain itu, pihaknya turut me- nambah baik lampu isyarat di Tudan berhampira­n Poliklinik Tudan dengan kos RM200,000 dan kerja-kerja pemasangan sudah dilaksanak­an dua minggu lalu.

Beliau menambah, pihaknya akan mengutamak­an lokasi yang kerap berlaku kemalangan untuk kerja-kerja pemasangan lampu isyarat.

“Untuk meluluskan sesuatu pemasangan lampu isyarat, kita akan buat siasatan dahulu ditapak bagi mengenalpa­sti kriteria dan keperluan pemasangan lampu isyarat di sesuatu lokasi tersebut,” katanya.

Hadir sama Jurutera Bahagian JKR Miri Chong Chi Fam, Pengarah Wilayah Utara SESCo Tan Joo Kok dan jurutera projek SESCo David Kong.

 ??  ?? RAIKAN MEDIA: Kelihatan Khairudin dan Dr Ting bergambar bersama media dan pegawai JBPM Sarawak pada Majlis Apresiasi Media Bersama JBPM Sarawak malam kelmarin.
RAIKAN MEDIA: Kelihatan Khairudin dan Dr Ting bergambar bersama media dan pegawai JBPM Sarawak pada Majlis Apresiasi Media Bersama JBPM Sarawak malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia