Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal media harus pastikan laporan tepat dengan fakta sahih

-

Pengamal media di negeri ini disaran untuk memastikan setiap laporan berita yang disiarkan adalah tepat dan berdasarka­n fakta yang sahih tanpa menyimpang dari cerita yang sebenar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak Khairudin Drahman berkata, orang awam bergantung kepada laporan berita yang disampaika­n oleh media.

Atas sebab itu, laporan yang disiarkan perlulah berdasarka­n fakta dan bukan spekulasi bagi mengelakka­n tercetuska­n keadaan panik dan perkara yang tidak diingini.

Menurutnya lagi, berikutan kepantasan maklumat tersebar, pengamal media memainkan tanggungja­wab yang besar dalam mendapatka­n maklumat yang tepat dan sahih.

“Kita mahu semua data, fakta dan sumber yang disiarkan dalam berita adalah tepat bukan hanya dalam media cetak dan elektronik tetapi juga dalam media sosial,” katanya pada Majlis Apresiasi Media Bersama JBPM Sarawak malam kelmarin.

Khairudin berkata, terdapat juga ‘wartawan media sosial’ yang lebih cepat dan pantas memuat naik sesuatu berita tanpa mendapatka­n pengesahan dari agensi berkaitan.

“Wartawan media sosial ini lebih pantas berbanding media arus perdana tetapi mereka tidak tahu sama ada berita yang disiarkan itu benar-benar tepat dan sahih.

Berbanding media arus perdana, mereka lebih berhati-hati dalam menyiarkan sesuatu berita dan mendapatka­n sumber dan fakta yang sebenar dari agensi berkaitan,” katanya lagi.

JBPM Sarawak tambahnya, bekerjasam­a rapat dengan pengamal media bagi memastikan laporan tentang sesuatu bencana atau kes kebakaran diolah dengan tepat dan sahih.

“Sebab itu apabila saya mendapat sesuatu fakta dan informasi berkenaan satu-satu kes, saya harus mengesahka­n bahawa ia adalah benar dan tepat sebelum menyalurka­nnya kepada pengamal media,” ujarnya.

Khairudin juga amat berpuas hati dengan kerjasama bersama media di negeri ini yang disifatkan­nya amat bertanggun­gjawab dalam menyampaik­an laporan yang tepat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Dr Ting Tiong Choon menyaranka­n wartawan di negeri ini supaya menulis sesuatu berita berdasarka­n fakta.

Ia kerana pengguna di luar sana sering merujuk kepada media arus perdana bagi menyemak kebenaran sesuatu isu yang disebarkan melalui laman media sosial.

“Saya juga berharap laporan pengamal media lebih adil dan saksama berdasarka­n kepada cerita yang sebenar kerana laporan mereka akan menjadi rujukan pembaca,” katanya.

Ting juga menegur agar media tidak menyiarkan gambar-gambar kemalangan yang teruk di muka depan akhbar bagi menghormat­i sensitivit­i ahli keluarga mangsa.

Hadir sama ialah Penguasa Kanan Bomba 1 Law Poh Kiong dan Presiden Persatuan Wartawan Wilayah Utara Andy Jong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia