Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Kecergasan LCHFS Sibu jayakan program di MMB

-

Dalam usaha mempromosi gaya hidup sihat, Kelab Kecergasan ‘Lifestyle Coaching Healthy and Fitness Services’ (LCHFS) Sibu menganjurk­an program Cabaran Aerodance dan Aerobathon 2018 di sini, kelmarin.

Program yang diadakan di Dewan Melayu Melanau Bersatu (MMB) itu bermula pada 8 pagi hingga 1 petang.

Seramai 50 orang termasuk kru Kelab Kecergasan LCHFS Sibu dan tetamu menghadiri program itu, di mana 22 orang adalah peserta aerobathon.

Ketua Jabatan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu Kaya Raju yang merasmikan program itu berkata, kehadiran peserta dan orang ramai amat dialu-alukan.

Katanya, beliau akan terus memberi sokongan padu kepada Kelab Kecergasan LCHFS Sibu untuk meneruskan program kecergasan itu pada masa akan datang.

“Oleh itu, saya menyeru masyarakat tidak kira peringkat umur supaya menyertai aktiviti kecergasan seumpama ini agar kesihatan diri dapat dijaga dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Suzie Sang dinobat sebagai peserta terbaik aerobathon, diikuti Hendrick Anthony ( kreatif), Henry Denisen Edi (bertenaga) dan Tan Lee Lee (sporting).

Manakala kumpulan Tumbratma dari Belawai dan Rise Up Fitness Club Sibu Jaya antara kumpulan yang melakukan persembaha­n aerodance pada program itu.

Turut hadir Presiden Kelab Kecergasan LCHFS Sibu Marcilla Mohamad.

 ??  ?? MESRA: Fatimah (kiri) bertanyaka­n khabar salah seorang penerima ketika majlis berkenaan.
MESRA: Fatimah (kiri) bertanyaka­n khabar salah seorang penerima ketika majlis berkenaan.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para kru dan sebahagian peserta program Cabaran Aerodance dan Aerobathon 2018 merakam gambar kenang-kenangan.
UNTUK ALBUM: Para kru dan sebahagian peserta program Cabaran Aerodance dan Aerobathon 2018 merakam gambar kenang-kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia