Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri sudah lakukan sebaiknya tangani wabak rabies

-

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapaee tidak setuju dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Assek bahawa kerajaan negeri seolah-olah gagal dalam menangani isu rabies.

Katanya, rabies merupakan sejenis penyakit zoonotik yang disebabkan jangkitan virus dan perkhidmat­an kesihatan telah melakukan yang terbaik untuk mengekang penyebaran wabak berkenaan.

“Ia adalah penyakit zoonotik, jadi ia memerlukan usaha bersepadu dari jabatan kesihatan, jabatan veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Jadi, saya tidak bersetuju dengan DUN Bukit Assek bahawa ia adalah kegagalan.

“Dalam isu ini, ia juga melibatkan sikap orang ramai terhadap haiwan peliharaan dalam kawasan kediaman mereka,” katanya.

Dr Annuar berkata, terdapat faktor lain yang harus diambil kira dalam isu ini termasuk sikap segelintir orang awam yang mungkin tidak mahu menghubung pihak PBT apabila terserempa­k dengan anjing yang berkeliara­n di jalanan.

Baru- baru ini, Irene Chang dalam satu kenyataan mendakwa kerajaan negeri seolah-olah ‘kalah’ dalam usaha memerangi wabak rabies.

Chang mendakwa kerajaan negeri seharusnya fokus dari daerah ke daerah dan pada masa sama semua anjing liar mesti dikuaranti­n dan diuji.

Beliau berkata, jika anjing berkenaan didapati telah dijangkiti semasa dalam kuar- antin, mereka mesti segera dimusnahka­n dan jika didapati sihat, mereka harus divaksin dan dilepaskan ke tempat perlindung­an haiwan.

Sehingga kini kerajaan Sarawak telah mengesahka­n 15 kematian disebabkan rabies dalam kalangan manusia serta mengisytih­arkan 56 kawasan di 11 bahagian di negeri ini sebagai kawasan jangkitan rabies kecuali Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia