Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Makanan Hujung Tahun bantu bangun pelanconga­n

Acara yang sedang berlangsun­g di Dataran Sibu Fasa II pamerkan kepelbagai­an jenis makanan moden dan tradisiona­l

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Pesta Makanan Hujung Tahun 2018 yang kini sedang berlangsun­g di Dataran Sibu Fasa II mampu menjadi salah satu tarikan pelanconga­n di Sibu.

P e n g e r u s i M a j l i s Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Tiong Thai King berkata, acara sebegini dapat membantu membangunk­an industri pelanconga­n di Sibu pada masa akan datang.

“Saya berasa amat bangga kerana pesta ini telah berjaya menarik bukan sahaja segenap lapisan pengunjung tempatan, bahkan pelancong asing untuk menikmati segala tawaran menu yang disediakan.

“Fenomena ini telah meraikan reputasi Sibu sebagai ‘syurga makanan’ di Malaysia dan membantu dalam usaha mempromosi­kan Sibu ke peringkat antarabang­sa selari dengan hasrat untuk memacu sektor pelanconga­n Sarawak secara amnya dan Sibu khasnya,” kata Tiong.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pesta Makanan Hujung Tahun 2018 di sini, malam

Fenomena ini telah meraikan reputasi Sibu sebagai ‘syurga makanan’ di Malaysia dan membantu dalam usaha mempromosi­kan Sibu ke peringkat antarabang­sa selari dengan hasrat untuk memacu sektor pelanconga­n Sarawak secara amnya dan Sibu khasnya.

kelmarin.

Acara yang mempamerka­n kepelbagai­an jenis makanan moden dan tradisiona­l tempatan itu merupakan anjuran Persatuan PenjajaPen­jaja Bahagian Sibu.

Oleh demikian, Tiong menasihati para peniaga supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan yang mereka jual dan makanan yang dijual haruslah pada harga yang berpatutan.

“Bersaing dalam perniagaan adalah sesuatu yang sangat baik untuk peniaga kerana mereka akan memberi yang terbaik untuk pelanggan mereka.

“Tetapi, dalam masa yang sama kualiti makanan haruslah dijaga dengan baik kerana ini dapat memberi imej yang baik terhadap pesta makanan di Sibu pada masa akan datang,” ujarnya.

Di samping itu beliau juga berkata, pesta makana itu merupakan satu platfom yang penting untuk memupuk perpaduan dan menjamin keharmonia­n serta keamanan komuniti setempat.

Hal ini amat relevan untuk memantapka­n kesejahter­aan dan kemajuan negara, tambahnya.

“Pesta makanan yang diadakan setiap tahun, kita mempamerka­n bermacamma­cam jenis makanan dari pelbagai kaum.

“Kepelbagai­an budaya dalam perpaduan inilah yang membuatkan kita unik dan istimewa di mata dunia,” katanya.

Hadir sama Presiden Persatuan Penjaja- Penjaja Bahagian Sibu Chiong Siong Nguong.

Datuk Tiong Thai King Pengerusi MPS

 ??  ?? MERIAH: Tiong (lima kanan), Chiong (enam kanan) dan yang lain bersama-sama melakukan simbolik perasmian Pesta Makanan Hujung Tahun 2018, malam kelmarin.
MERIAH: Tiong (lima kanan), Chiong (enam kanan) dan yang lain bersama-sama melakukan simbolik perasmian Pesta Makanan Hujung Tahun 2018, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia