Utusan Borneo (Sarawak)

Perarakan Krismas sembilan gereja meriahkan Bandar Riyal

Sekitar 800 peserta berarak sambil membawa lilin dan menyanyika­n lagu-lagu Krismas, selain pelbagai acara sampingan

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Perarakan ‘PreChristm­as Night at Farley Supermarke­t’ di Bandar Riyal Kota Samarahan melibatkan sekitar 800 orang dari sembilan gereja sekitar Kuching dan Samarahan lewat petang dan malam kelmarin.

Mereka adalah dari Sarawak Chinese Annual Conference (SCAC), Borneo Evangelica­l Mission (B.E.M), Kota Samarahan Baptist Church, Roman Catholic Church, Presbyteri­an Church Malaysia, Sarawak Reformed Presbyteri­an Church, Seventh Day Adventist Church, Protestant Church of Sabah dan Anglican Church.

Kesemua peserta yang menyertai telah berkumpul seawal jam 6 petang kelmarin di Gereja St Francis Church Kota Samarahan dan mula berarak sekitar jam 7.15 malam membawa lilin dan menyanyika­n lagu-lagu Krismas.

Perarakan tamat sekitar jam 8 malam dan disusuli dengan bacaan doa dari Pastor Tunggi dari B.E.M Kampung Plaie disini.

Turut diselitkan persembaha­n lagu rohani dan Krismas dari Koir Baptist Church untuk ditonton oleh orang ramai.

Pada masa yang sama, Pastor Ambrose Liap memberi refleksi berkaitan maksud sebenar perayaan Hari Krismas yang bertemakan ‘The Perfect Gift’ anjuran St Francis Church Kota Samarahan.

Pihak SCAC turut menyampaik­an persembaha­n yang kemudian disusuli dengan acara permainan yang menyediaka­n lima hamper untuk dimenangi para peserta.

Begitu juga dengan B.E.M turut mengadakan persembaha­n mereka dan penghabisa­n dengan doa untuk keamanan sejagat oleh Pastor James dari Gereja Presbyteri­an Malaysia.

Antara yang hadir adalah Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain Datu Dr. Ngenang Janggu, Setiausaha Agung Persatuan GerejaGere­ja di Sarawak, Elder Ambrose Linang dan Canon Dennis Gimang.

 ??  ??
 ??  ?? MERIAH: Sepanjang ‘Pre-Christmas Night at Farley Supermarke­t’ di Bandar Riyal Kota Samarahan malam kelmarin.
MERIAH: Sepanjang ‘Pre-Christmas Night at Farley Supermarke­t’ di Bandar Riyal Kota Samarahan malam kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia