Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival sukan, kebudayaan platform terbaik perkenalka­n etnik Kejaman

-

Karnival sukan dan kebudayaan dilihat sebagai antara platform terbaik dan berkesan bagi memperkena­lkan budaya etnik Kejaman kepada masyarakat tempatan dan luar negara, kata Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata, melalui program yang diadakan ini secara tidak langsung akan membantu dalam menggalakk­an anak- anak muda komuniti Kejaman di negeri ini untuk mempelajar­i serta mendalami adat sert kebudayaan tradisi mereka bagi memastikan­nya terus kekal diwarisi generasi seterusnya.

“Dalam masa sama, ia juga dapat mengeratka­n hubungan serta talian silaturahi­m sesama mereka, sekaligus mengukuhka­n lagi institusi kekeluarga­an serta kemasyarak­atan dalam kalangan subetnik Orang Ulu berkenaan,” jelasnya.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sukan Dan Kebudayaan Etnik Kejaman 2018 di Dewan Masyarakat Belaga, malam kelmarin.

Beliau berkata, melalui program yang diadakan ini, Persatuan Bangsa Kejaman Sarawak (PBKS) dapat me- wariskan dan dalam masa sama memperkena­lkan warisan serta budaya etnik Kejaman kepada anak-anak muda etnik berkenaan.

Liwan dalam pada itu memuji para wanita etnik Kejaman yang telah mempersemb­ahkan pantun tradisi komunti berkenaan yang dikenali sebagai Mu’a.

Pantun tradisi berkenaan secara amnya merupakan cabang seni yang amat istimewa buat etnik Kejaman kerana memerlukan daya kreativiti individu itu.

Tidak ramai orang yang dapat menguasai kepakaran dan kemahiran Pantun Mu’a itu terutamany­a generasi muda kerana pada zaman sekarang tidak semua generasi muda berminat mempelajar­inya.

“Jesteru, saya menyeru agar PBKS menggunaka­n peluang sedia ada tatkala golongan tua yang mahir mendendang­kan Mu’a untuk seni pantun tradisi yang semakin dilupai itu sebelum lenyap ditelan zaman,” ujarya.

Dalam perkembang­an sama, Liwan turut mengumumka­n pemberian agihan peruntukan sebanyak RM10,000 buat PBKS menjalanka­n pelbagai program anjuran mereka dari masa ke masa.

Untuk rekod, persatuan ini telah berjaya mengadakan Tarian Sway yang terbanyak penyertaan dari dua rumah panjang di rumah panjang Kejaman Neh, yang mana aktiviti berkenaan telah berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book Of Record pada tahun 2015.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Michael Mujah Lihan, Temenggung Ajang, Pengerusi PBKS Ekoy Ijui, Pemanca Unak Akah, Penghulu Jackson Kubang, Penghulu Awang Robat, Penghulu Luhat Anyup, Kapitan Teo Hee Tong dan Maren Uma Sylvia Senah Lasah.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ekot (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Liwan pada majlis berkenaan.
PENGHARGAA­N: Ekot (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Liwan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia