Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwaan mohon kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi

Ahli perniagaan didakwa beri rasuah RM1 juta kepada Tengku Adnan

-

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan memohon untuk memindahka­n kes seorang ahli perniagaan yang didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembanguna­n di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, ke Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memaklumka­n perkara itu ketika sebutan kes Datuk Tan Eng Boon di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi semalam.

“Pihak pendakwaan akan memohon supaya kes ini dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi dan juga akan mengemukak­an permohonan supaya kes ini dibicaraka­n bersama dengan kes dihadapi Tengku Adnan kerana kedua- dua kes ini membabitka­n isu dan transaksi yang sama,” kata Lailawati.

Beliau turut memaklumka­n kepada mahkamah bahawa kes Tengku Adnan turut dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi di sini selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah pada Jumaat lepas membenarka­n permohonan peguam yang mewakili Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk memindahka­n kes berkenaan.

Sementara itu, peguam Cheow Wee, yang mewakili Tan berkata pihaknya mengambil maklum dengan perkembang­an terbaharu itu (mengenai permohonan pendakwaan untuk memindahka­n kes) dan memerlukan masa untuk mendapatka­n arahan selanjutny­a daripada anak guam.

Hakim Azura kemudianny­a menetapkan 7 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi mengetahui status permohonan pemindahan kes berkenaan.

Pada 15 November lepas, Tan, 70, yang juga pengarah syarikat pemaju hartanah, mengaku tidak bersalah atas dakwaan telah secara rasuah memberikan suatu suapan bagi faedah kepada Tengku Adnan, 68, iaitu wang berjumlah RM1 juta melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang telah didepositk­an ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh.

Tan dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi beliau kerana telah meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Developmen­t Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembanguna­n Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Level 2, Podium Block, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Dis 2013, mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tan juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Tengku Adnan sebagai penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutua­n yang menerima untuk dirinya wang tunai RM1 juta daripada Tan melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas yang didepositk­an ke dalam akaun CIMB Bank milik Tengku Adnan, yang mana diketahui Tan sebagai Pengarah Nucleus Properties, ada perhubunga­n dengan kerja rasmi Tengku Adnan, yang mana kesalahan itu dilakukan hasil persubahat­an tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 165 kanun serupa, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan. — Bernama

Pihak pendakwaan akan memohon supaya kes ini dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi dan juga akan mengemukak­an permohonan supaya kes ini dibicaraka­n bersama dengan kes dihadapi Tengku Adnan kerana keduadua kes ini membabitka­n isu dan transaksi yang

” sama.

Lailawati Ali

Timbalan Pendakwa Raya

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK MENGAKU SALAH: Siew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan menyamar sebagai anggota polis pada 18 Februari tahun lepas.
— Gambar Bernama TIDAK MENGAKU SALAH: Siew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan menyamar sebagai anggota polis pada 18 Februari tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia