Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Bahagian Cawangan Khas mati jatuh bangunan

Mangsa parah di kepala dan dada, manakala tangan kanan patah

-

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis dari Cawangan Khas ditemukan mati di hadapan sebuah hotel di Pulau Tikus, di sini semalam dipercayai terjatuh dari bangunan hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.45 pagi selepas dihubungi pekerja hotel berkenaan yang memaklumka­n terdapat mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap di atas jalan di situ.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati mayat itu ialah seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 47 tahun dan bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. Arwah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 19 tahun lepas.

“Berdasarka­n siasatan awal, lelaki itu pergi ke sebuah pusat karaoke bersebelah­an bangunan hotel berkenaan untuk menyambut hari jadi rakannya yang juga seorang anggota polis bertugas di Kontinjen Polis Pulau Pinang,” katanya di sini semalam.

Katanya siasatan awal, polis menemui beg dan selipar sebelah kiri milik mangsa di tingkat dua hadapan sebuah klinik pergigian di bangunan pusat karaoke berkenaan.

Che Zaimani berkata, pemeriksaa­n lanjut di tingkat empat bangunan yang sama, polis menemui kesan koyakan langsir di kaki lima pusat karaoke berkenaan manakala dompet termasuk kad kuasa dan telefon bimbit mangsa turut hilang.

“Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan mangsa terjatuh dari tingkat dua atau tingkat empat bangunan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada serta sebelah tangan kanan patah dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di kepala dan dada akibat jatuh dari tempat tinggi dan setakat ini polis klasifikas­ikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Beliau berkata terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat kejadian yang menunjukka­n mangsa telah jatuh, namun pihak polis masih menjalanka­n siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan. — Bernama

Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan mangsa terjatuh dari tingkat dua atau tingkat empat bangunan itu dan

dijalankan. ” siasatan lanjut masih

ACP Che Zaimani Che Awang Ketua Polis Daerah Timur Laut

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mohd Kamarudin (dua kanan) melihat antara dadah yang dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor Bahru, dekat Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mohd Kamarudin (dua kanan) melihat antara dadah yang dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor Bahru, dekat Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia