Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga individu ditahan, dadah lebih 10kg dirampas di Johor Bahru

-

Polis berjaya menahan tiga individu serta merampas dadah bernilai kira-kira RM601,650 dalam dua operasi berasingan di Johor Bahru minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata dalam operasi pertama kira-kira jam 7.30 malam di Taman Perling di sini Selasa lepas, polis menahan dua lelaki selepas menemui 9,970 biji pil ekstasi dan 5.12kg dadah disyaki syabu yang dianggarka­n bernilai RM505,650 dalam kenderaan mereka.

Beliau berkata seorang daripada lelaki itu adalah penganggur warga Indonesia yang berumur 58 tahun, manakala seorang lagi adalah warga tempatan berumur 39 tahun yang mempunyai empat rekod jenayah lampau, dan menurutnya kedua-dua mereka didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Setakat ini, kereta jenis Honda Accord yang digunakan suspek disita sementara kedua-duanya pula direman selama tujuh hari bermula 12 Disember hingga esok (hari ini),” katanya dalam satu persidanga­n media di sini, semalam.

Sementara itu dalam operasi kedua di sebuah kawasan di Ulu Tiram pada jam 12 tengah hari Khamis lepas, Mohd Kamaruddin berkata polis menahan seorang pekerja salun wanita berusia 27 tahun dan merampas 5.45kg dadah disyaki jenis heroin yang dianggarka­n bernilai RM96,000 daripadany­a, selain turut menyita sebuah kereta jenis Perodua.

Beliau berkata wanita yang memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan samun itu direman mula 14 sehingga 20 Disember.

Katanya polis akan melakukan siasatan terperinci mengenai sumber bekalan dan pasaran dadah berkenaan memandangk­an keseluruha­n dadah yang dirampas dalam kedua- dua operas itu dipercayai boleh menampung kira-kira 33,000 orang penagih.

Menurutnya sejak awa tahun hingga 15 Dis lepas 15,388 individu ditangkap di atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah, di samping rampasan 707.63kg dadah bernilai RM25.61 juta, dan sitaan harta berjumlah RM15.05 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia