Utusan Borneo (Sarawak)

Guru rugi RM14,000 diperdaya ‘Macau Scam’

-

Bimbang akan ditahan akibat melanggar orang lain sehingga mati seorang guru wanita mengalami kerugian RM14,000 selepas memindahka­n wang berkenaan kononnya untuk menyelesai­kan kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 44, yang mengajar di sebuah sekolah di Bukit Goh menerima panggilan daripada suspek yang memperkena­lkan diri sebagai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada Sabtu lepas.

“Suspek kemudian telah mendakwa mangsa melanggar seorang individu di Seri Kembangan baru- baru ini sehingga menyebabka­n kematian bagaimanap­un mangsa telah menafikann­ya.

“Talian mangsa kemudian telah disambungk­an kepada suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis dari Seri Kembangan yang mendakwa pula mangsa mempunyai waran tangkap bagi kes penipuan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, mangsa yang ketakutan kemudianny­a telah membayar wang jaminan sebanyak RM14,000 melalui tiga transaksi seperti yang diminta suspek ke dalam akaun yang diberikan.

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek mendesak meminta wang tambahan, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kelmarin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Mohd Zubil (tengah) ketika sidang akhbar berhubung rampasan 2,600 kotak rokok putih pelbagai jenama dan 60 kotak minuman keras pelbagai jenama dalam tangkapan sebuah bot sistem barter di Kuala Selangor Jumaat lalu, di Ibu Pejabat Maritim Selangor, dekat Pelabuhan Klang, semalam. Turut hadir Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim (dua kiri).
— Gambar Bernama JAWAB: Mohd Zubil (tengah) ketika sidang akhbar berhubung rampasan 2,600 kotak rokok putih pelbagai jenama dan 60 kotak minuman keras pelbagai jenama dalam tangkapan sebuah bot sistem barter di Kuala Selangor Jumaat lalu, di Ibu Pejabat Maritim Selangor, dekat Pelabuhan Klang, semalam. Turut hadir Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia