Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak perempuan empat tahun maut dalam kebakaran

-

Seorang kanak- kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala bapa dan adik lelakinya melecur dalam kebakaran di bilik tidur sebuah banglo dua tingkat di Seksyen 12 di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Daaniys Humayra Mohd Shafie meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Shah Alam sementara bapanya, Mohd Shafie Mohd Salih melecur di bahagian kepala, badan serta tangan manakala adik lelaki mangsa, Eiman Haider Mohd Shafie berusia setahun, melecur di bahagian tangan, kaki serta sebahagian kepala.

Ibu mangsa, Yusmaliza Mohamad Yusoff, 31, bagaim- anapun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kira-kira jam 9.17 malam kelmarin sebelum tiba di tempat kejadian 10 minit selepas itu.

“Ketika anggota kami tiba, bapa mangsa didapati telah berjaya keluar dari premis itu bersama kedua-dua anaknya dan semasa anggota EMRS (Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan) periksa mangsa (Daaniys Humayra) ketika itu masih ada nadi.

“Kesemua mangsa seter- usnya dikejarkan ke Hospital Shah Alam oleh EMRS namun kanak-kanak perempuan itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital berkenaan. Mangsa turut mengalami kecederaan hampir serupa dengan adik lelakinya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Menurut Azmel, kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 9.30 malam dan ia hanya melibatkan bilik tidur belakang di tingkat bawah banglo berkenaan yang mempunyai lapan bilik keseluruha­n.

Beliau berkata siasatan pihaknya mendapati hanya mangsa dan adiknya berada di bilik berkenaan ketika kejadian dan ketika kebakaran berlaku kedua-duanya sedang tidur.

“Menurut ibu mangsa, bapa mangsa melecur teruk kerana bertindak meredah api dua kal untuk selamatkan anak-anak mereka. Ketika kejadian tidak pasti sama ada datuk mangsa ada di rumah namun nenek mangsa dipercayai dibawa anggota keluarga lain perg bercuti.

“Mangsa sekeluarga dipercayai datang ke banglo itu ‘on and off’ (kadang-kadang) kerana mereka menetap d tempat lain,” katanya menambah punca kejadian masih disiasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia