Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Selangor rampas rokok dan arak bernilai RM12.9 juta

-

Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) Selangor merampas13­0,000kartonr­okok putih dan 60 kotak arak pelbagai jenama bernilai RM12.9 juta yang cuba diseludup masuk dari Indonesia ke negara ini melalui perairan Kuala Selangor dekat sini, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, rokok dan arak itu dirampas hasil penahanan sebuah kapal oleh pasukan peronda maritim kira-kira 1.6 batu nautika dari barat daya Kuala Selangor di sini, pada jam 5 petang.

“Dalam operasi itu pihak kami turut menahan seorang lelaki yang dipercayai tekong kapal dan sembilan kru lelaki warga Indonesia berusia 22 hingga 53 tahun.

“Penahanan kapal itu juga hasil maklumat daripada komuniti nelayan di perairan Tanjung Karang yang melihat sebuah kapal dalam keadaan mencurigak­an berulang-alik di kawasan tersebut,”katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan ke atas kapal itu mendapati kapal tersebut merupakan kapal sistem barter yang berdaftar di Singapura.

Jelasnya, sebelum kapal itu ditahan, kapal tersebut dilihat sedang bersauh dengan sebuah bot pancung sebelum bot berkenaan bertindak memecut laju untuk melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran peronda maritim.

“Kita percaya kesemua rokok dan arak tersebut akan dipindahka­n ke beberapa bot pancung penyeludup untuk dibawa ke daratan sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar negeri ini sempena perayaan tahun baharu Cina.

“Maritim turut merampas kapal tersebut yang dianggarka­n bernilai lebih RM1juta,” katanya.

Katanya, kesemua barang rampasan dan suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia