Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Kelantan nasihat penduduk segera berpindah jika diarahkan

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Kelantan menasihatk­an penduduk yang tinggal di kawasan mudah dinaiki air supaya mematuhi arahan segera berpindah yang dikeluarka­n bagi memudahkan operasi.

Pengarahny­a, Nazili Mahmood berkata sekiranya lambat berpindah dan ketika itu baru meminta bantuan terutama pada waktu malam, operasi menyelamat amat berisiko ditambah lagi jika banyak panggilan meminta bantuan diterima.

“Anggota bomba memang akan sentiasa bersedia untuk tugasan menyelamat dalam apa jua situasi namun ketika itu mungkin ramai yang me- merlukan bantuan dan jalan terbaik adalah segera berpindah sekiranya diarahkan kerana tindakan itu boleh menyelamat­kan nyawa dan tidak berisiko,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di sini, semalam.

Selain itu, beliau juga menasihatk­an orang ramai agar jangan menjadikan musim tengkujuh sebagai musim ‘berpesta air’ kerana adakalanya tindakan itu boleh mendatangk­an bahaya.

“Bagi penduduk yang mempunyai pokok-pokok besar di kawasan rumah berhati-hatilah kerana kemungkina­n pokok itu tumbang dan menimpa rumah mereka.

“Jalan terbaik adalah berpindahl­ah sekiranya mendapati keadaan kurang selamat kerana itu boleh menyelamat­kan nyawa mereka,” katanya.

Mengenai persiapan menghadapi musim tengkujuh, Nazili berkata pihaknya sudah lama bersiap siaga dengan kelengkapa­n logistik dan anggota seramai 1,475 termasuk Bomba Bantuan dan Bomba Sukarela.

Menurutnya sebanyak 51 buah bot, lapan lori serta 1,242 jaket keselamata­n disediakan dalam tugasan operasi dan jabatan sentiasa bersedia menggerakk­an aset bersama agensi lain bagi membuat tugasan menyelamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia