Utusan Borneo (Sarawak)

Harga telur ayam dikurang 2 sen, bekalan mencukupi

-

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan telur ayam bagi musim perayaan ini adalah mencukupi dengan harga yang stabil.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub turut berkata pengeluar telur ayam bersetuju untuk kurangkan harga di peringkat ladang sebanyak dua sen bagi semua gred telur, bagi tujuan berkenaan.

Beliau turut berkata penguranga­n tiga peratus bekalan telur ayam sebelum ini bukan disebabkan jangkitan virus Avian Influenze H5 dan H7 (selsema burung) tetapi kerana beberapa ladang terutama di Semenanjun­g Malaysia menghadapi masalah penyakit-penyakit yang biasa.

“Ladang ayam yang berdepan masalah kematian ayam yang tinggi sebelum ini tidak dibenarkan menjual telur sehingga siasatan dan keputusan makmal mengesahka­n tiada jangkitan penyakit.

“Keadaan ini menyebabka­n berlaku penguranga­n bekalan telur 3 peratus, namun siasatan menunjukka­n ladang ayam berkenaan bebas dari jangkitan selsema burung seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau menambah kenaikan kadar tukaran wang asing iaitu dollar Amerika Syarikat berbanding Ringgit pada November turut memberi kesan kepada kenaikan harga bahan makanan ternakan yang diimport sekaligus meningkatk­an kos pengeluara­n telur.

“Ini memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan yang diimport seterusnya meningkatk­an kos pengeluara­n telur dan harga naik sebanyak lima peratus,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan kementeria­n menerusi Jabatan Perkhidmat­an Veterinar mendapati memang berlaku kenaikan harga telur ayam 2 sen bagi gred C di peringkat ladang daripada 38 sen pada 28 November ke 40 sen pada 4 Disember. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia