Utusan Borneo (Sarawak)

PBT diminta pantau longkang elak banjir kilat

-

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memastikan kerja-kerja penyelengg­araan longkang dan perparitan dilakukan sebaiknya bagi mengelak banjir kilat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata ia juga perlu dilakukan segera bagi memastikan tiada longkang tersumbat dan memudahkan aliran air apabila berlaku hujan lebat, terutama di kawasan bandar.

“Saya harap PBT beri perhatian dan pantau pergerakan air di longkang dengan sewajarnya supaya tidak terbantut dan dapat mengalir dengan lancar lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh.

“Kerja ini perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan ia tidak menimbukan kesulitan kepada penduduk,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JBPM Terengganu Sharikan Bustaman.

Beliau sempat meluangkan masa melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil di sini yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Raja Kamarul Bahrin Shah turut mengingatk­an masyarakat di kawasan terjejas supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarka­n pihak berkuasa bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Di Terengganu sudah berlaku dua gelombang banjir di mana kali pertama seramai 1,645 mangsa daripada 449 keluarga telah dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala gelombang kedua yang baru sahaja berakhir semalam menyaksika­n 237 mangsa daripada 57 keluarga juga telah dipindahka­n.

“Hari ini pula, hujan lebat tidak berhenti- henti dan dijangka akan berlaku gelombang ketiga banjir. Oleh itu orang ramai perlu berhati- hati dan beri perhatian kepada amaran yang dikeluarka­n oleh pihak berkuasa melalui radio, televisyen dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an anggota JBPM supaya bersiap sedia dengan bantuan dan aset tambahan seperti bot pada 25 Dis yang dijangka berlaku banjir besar sekiranya ada fenomena air pasang berserta hujan lebat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia