Utusan Borneo (Sarawak)

Skim kawalan harga sempena Krismas mulai 23 hingga 27 Dis

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanak­an Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ( SKHMP) Krismas 2018 berkuat kuasa dari 23 hingga 27 Dis ini.

Ia sebagai langkah menyekat kenaikan harga barangan keperluan sempena sambutan Krismas.

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini berkata 16 jenis barangan dikenal pasti bagi pelaksanaa­n skim ini dengan kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, daging kambing dan daging babi, kata kenyataan itu yang diedarkan di Parlimen di sini semalam.

Perincian barangan terlibat ialah:

Ayam hidup Ayam standard (disembelih dan dibersihka­n berserta kaki, kepala, hati dan hempedal) Ayam super (disembelih dan dibersihka­n tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) Ayam tua hidup (harga maksimum di Sarawak sahaja) Ayam belanda import Kepak ayam (harga maksimum di Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja) Daging kambing tempatan bertulang (harga maksimum di Semenanjun­g sahaja) Daging kambing dan daging bebiri import bertulang Telur ayam gred A (berat antara 65 gram dan 69.9 gram) Telur ayam gred B (berat antara 60 gram dan 64.9 gram) Telur ayam gred C (berat antara 55 gram dan 59.9 gram) Tomato Lada benggala hijau Babi hidup (kawalan di peringkat ladang sahaja) Daging babi (perut) (harga maksimum di Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja) Daging babi (daging dan lemak) (harga maksimum di Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja).

Kenyataan itu berkata kementeria­n akan bertindak tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Penalti boleh dikenakan bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum dan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.

“Pegawai penguatkua­sa KPDNHEP akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan,” kata kenyataan itu.

Pengguna juga boleh men- yalurkan aduan kepada kementeria­n melalui talian 038000 8000 (Malaysia Government Call Centre (MYGCC)) atau talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operas Strategik (PIGOS) 03-8882 6245 / 6088.

Aduan juga boleh disampaika­n melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNHEP ADUAN’’ dan butiran aduan WhatsApp ke 019-279 4317 atau e-mel ke alamat e-aduan@ kpdnhep.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia